Buletin

PERODUA MUNGKIN NAIKKAN HARGA KERETA TAHUN DEPAN

Perodua menyatakan kemungkinan bahawa pihaknya akan menaikkan harga kenderaan mulai tahun depan.

Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rasyid Salleh dalam satu sesi pembentangan prestasi perniagaan Perodua di Hat Yai, Thailand baru-baru ini.

perodua-price-increase-mekanika-1

Sedia maklum bahawa Perodua mengimport sejumlah alat ganti pengilangan dalam dua matawang iaitu dolar Amerika dan Yen.

“Kami yakin 2017 akan lebih mencabar. Kami cuma berharap ia tidaklah seteruk tahun ini (2016). Malangnya sudah ada indikator awal seperti pengukuhan nilai dolar berbanding Ringgit sejak beberapa bulan lalu.

“Walaupun Yen dilihat telah stabil, tetapi dolar terus mengukuh. Semalam ia berada pada paras RM4.40 (berbanding AS$1). Pengukuhan dolar juga memberi impak kepada sejumlah vendor Perodua.

“Jadi, Perodua sedang memantau perkembangan ini. Jika keadaan ini berterusan, kami terpaksa menyemak semula harga kenderaan Perodua untuk tahun depan. Kami tidak boleh terus menyerap kenaikan harga ini. Jadi belilah sekarang sebelum harga naik,” jelas Aminar.

perodua-price-increase-mekanika-2

Mujurlah kos alat ganti tidak terjejas secara langsung berbanding alat ganti pengilangan. Tetapi sebagai satu kumpulan, impak itu tetap dirasai oleh Perodua.

Aminar turut menyifatkan 2016 sebagai tahun yang paling mencabar selepas krisis kewangan yang melanda ASEAN pada tahun 2008. Perodua tidak terkecuali dalam terkena tempias itu. Buktinya, jualan Perodua mengalami penurunan sebanyak 4.8 peratus dan TIV keseluruhan menyusut sehingga 15 peratus.

BACA: HARGA KERETA NISSAN NAIK 2.8 HINGGA 6.7%

Dalam perkembangan berkaitan, biarpun Perodua menerima jumlah tempahan yang tinggi, namun angka itu tidak selari dengan kadar kelulusan daripada institusi kewangan.

perodua-price-increase-mekanika-4

“Keadaan ini diburukkan lagi dengan garis panduan baru daripada bank yang meningkatkan jumlah pendapatan minimum pemohon pinjaman kepada RM3,500 sebulan.

“Sebab itulah kami berharap kempen yang akan dijalankan pada sepanjang Disember dapat merancakkan semula jualan sebelum tahun 2016 menutup tirainya,” kata Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn. Bhd., Dato’ Dr. Zahari Husin.

Google ads
Back to top button