WANITA LA LARIKAN KERETA PERONDA DENGAN KELAJUAN CECAH 250KMJ – SPEEDY MAMA
Polis Los Angeles berjaya menahan seorang wanita yang mencuri sebuah kereta peronda jenis Ford Explorer selepas berlaku kejar mengejar kelajuan tinggi. Kejar mengejar bermula di selatan LA selepas wanita tersebut mencuri kereta peronda yang berada di pejabat jabatan sheriff LA.
Motif wanita tersebut tidak diketahui tetapi ia segera disedari pihak berkuasa dan segera bertindak memulakan kejar-mengejar. Kami syak dia kuat main GTA ni.
Laporan Fox News menyebut yang Ford Explorer tersebut dipandu sehingga mencecah 259kmj! Sekiranya ia benar, nampaknya acik ni berjaya memecut melebihi kelebihan maksima Ford Explorer yang didakwa oleh pengeluar. Video yang diambil dari helikopter menunjukkan kereta tersebut memecut sepanjang lebuh raya 91 Freeway dengan kelajuan melebihi 161kmj.
Selepas seketika pemandu wanita tersebut keluar dari lebuh raya (rasa tak mencabar kot pecut kat highway) dalam usaha mengelakkan kejaran pihak. Bukan hanya laju bahkan semua lampu isyarat merah pun diredahnya tanpa rasa ragu-ragu.
Kesilapan dilakukan wanita tersebut bila beliau membelok masuk ke kawasan industri dan berjaya dikepung seterusnya ditahan oleh pihak berkuasa. Wanita tersebut tidak mempunyai sebarang pengenalan diri dan ditahan pihak polis untuk siasatan lanjut.