Artikel Pilihan

SAKSIKAN PEMANDU BMW M4 YANG ‘GABRA’ CUBA LARI DARI POLIS – KAU NI DAH KENAPA?

Seorang pemandu BMW M4 (G82) telah ditahan dalam drama kejar mengejar kelajuan tinggi dengan pihak polis di Forsyth County, Georgia. Ia sebenarnya berlaku Disember lepas bila seorang lelaki bernama Islam Aslanov gagal untuk berhenti bila diarahkan pihak polis. Adoi, dah la nama Islam.

Menurut pejabat sheriff Forsyth County, pegawai mereka cuba menahan Aslanov selepas didapati memandu dengan lampu tinggi yang menyilaukan pengguna jalan raya yang lain. Nampaknya seriusnya penguatkuasaan undang-undang jalan raya kat sana. Di Malaysia ni ada yang lupa pasang lampu, ada yang lupa ‘terpasang lampu tinggi’ da nada juga yang ‘gila’ pasang foglight belakang.

Aslanov bagaimanapun tidak berhenti dan memecut kereta beliau pada kelajuan 70 bsj di zon 35 bsj. Ini memaksa pegawai mereka menyalakan lampu amaran dan mula mengejar. Aslanov bukan setakat tidak berhenti malah memandu semakin laju.

Jelas kelihatan dalam video kelajuan Aslanov mencecah 100 bsj dan masih lagi gagal meninggalkan kereta peronda polis walaupun mempunyai kelebihan dari segi kuasa. Bukan salah kereta pun sebenarnya.

Seorang lagi pegawai kemudian mengesan Aslanov memandu dengan kelajuan 141 bsj di laluan GA-400 menyebabkan sebuah lagi kereta peronda bertindak mengejarnya. Kelajuan Aslanov memang hebat di jalan lurus tapi sebaik cuba membelok, pegawai polis segera memulakan ‘pit maneuver’ yang akhirnya berjaya menamatkan ‘kembara; Aslanov.

Alasan yang diberikan Aslanov bila ditanya kenapa melarikan diri ialah beliau “gabra” bila melihat kereta polis di belakang. Hadoi, kalau tak salah kenapa nak takut.

Selain daripada ego dan kereta yang tercalar, Aslanov berdepan dengan pertuduhan melanggar halaju, memandu dengan cuai, menggunakan lampu tinggi dengan melulu dan cubaan melarikan diri dari pihak berkuasa. Ambik kau, silap-silap masuk lokap oo.

Google ads
Back to top button