Motosikal

FAST BIKES BUKAN LAGI PENGIMPORT DAN PENGEDAR MOTOSIKAL TRIUMPH. TUKAR JADI WAKIL PENJUAL HONDA BIG WING BERMULA Q1 2023

Motoradic Sdn. Bhd. dan Fast Bikes Sdn. Bhd. (Fast Bikes) hari ini mengumumkan bahawa mereka tidak lagi menjadi pengimport rasmi dan pengedar eksklusif motosikal jenama Triumph di Malaysia. 

Pengumuman secara tiba-tiba itu sebenarnya agak mengejutkan kerana prestasi jualan Triumph di Malaysia di bawah seliaan Fast Bike dilihat begitu positif sejak beberapa tahun kebelakangan ini. 

Fast Bikes memulakan operasinya pada tahun 2020 dan bertanggungjawab mengembalikan populariti motosikal Tirumph di negara ini. Dalam tempoh lebih 12 tahun, Fast Bikes berjaya menaikkan Triumph sehingga menjadi jenama kedua terbesar dari segi jualan motosikal bersesaran 500cc dan premium. 

Jualan motosikal oleh Fast Bikes juga naik dua kali ganda di antara tahun 2019 dan 2020 dengan menerima jumlah tempahan yang cukup menggalakkan.

“Kami memohon maaf kerana tidak lagi dapat memberi khidmat kepada pemilik Triumph. Bagi pelanggan Triumph yang motosikal mereka sudah melewati tempoh jaminan, pintu kami sentiasa terbuka jika anda memerlukan sebarang konsultasi.

“kami mengucapkan terima kasih ke atas sokongan anda selama ini. Kami sangat menghargainya,” jelas fast Bikes dalam satu kenyataan rasmi. 

Triumh Motorcycles UK serta wakilnya di Malaysia akan bertanggungjawab untuk memenuhi segala terma dan syarat terhadap motosikal yang masih dalam tempoh jaminan. 

Selepas ini, Fast Bike akan menjadi wakil penjual Honda Big Wing. Justeru, bilik pameran dan ibu pejabat Triumph di Seksyen 13 Petaling jaya bakal bertukar imej menjadi wakil penjual Honda Big Wing serta akan mula beroperasi pada suku pertama 2023. 

Semua cawangan Fast Bikes di Pulau Pinang, Johor Bahru dan Kota Kinabalu akan menamatkan operasi mereka. 

Google ads
Back to top button