![](https://www.mekanika.com.my/wp-content/uploads/2023/02/JAPAN-10PM-MEKANIKA.jpg)
PESAWAT JAPAN AIRLINES TERPAKSA PATAH BALIK, TIDAK DIBENARKAN MENDARAT SELEPAS PUKUL 10 MALAM
Sebuah pesawat Jepun terpaksa berpatah balik selepas tidak dibenarkan mendarat kerana melebihi pukul 10 malam.
Pesawat JL331 Japan Airlines, membawa 335 penumpang dari Tokyo menuju ke Fukuoka diarahkan berpatah balik hingga memaksa pesawat itu mendarat di Osaka untuk mengisi bahan api.
Menurut jurucakap Japan Airlines, penumpang diberi hotel dan diberitahu untuk menunggu penerbangan pagi sebaik saja mereka tiba di Osaka.
![](https://www.mekanika.com.my/wp-content/uploads/2023/02/JAPAN-AIRLINES-MEKANIKA.jpg)
Penerbangan dua jam yang meliputi 550 batu sebaliknya menjadi pengalaman pahit selama 16 jam sebelum penumpang sampai ke destinasi mereka.
Pihak Japan Airlines menjelaskan bahwa penerbangan tidak dibenarkan mendarat di lapangan terbang selepas pukul 10 malam disebabkan kebimbangan bunyi bising.
Perintah itu bertujuan untuk mengehadkan bunyi bising yang boleh mengganggu orang tinggal berdekatan di kawasan tersebut.
Kelewatan tersebut berlaku gara-gara pertukaran pesawat saat akhir serta cuaca buruk di Tokyo menyebabkan pesawat itu hanya berlepas pada pukul 8 malam, berbanding jadual asal, 6.30 petang.
- BACA: SINDIKET RASUAH TIKET PENERBANGAN UMRAH BERBENTUK KOMISEN RM10.8 JUTA, SPRM TAHAN 6 INDIVIDU
- BACA: 5 AGENSI UMRAH DIDAKWA BOLOT TIKET PENERBANGAN KE TANAH SUCI, JUAL SEMULA PADA HARGA CECAH RM5K
- BACA: LION AIR DINOBAT SEBAGAI SYARIKAT PENERBANGAN PALING TERUK DI DUNIA
- BACA: SYARIKAT PENERBANGAN KANADA, AIR CANADA TEMPAH 30 PESAWAT BERKUASA ELEKTRIK SEPENUHNYA