Artikel Pilihan

SYARIKAT PENERBANGAN KANADA, AIR CANADA TEMPAH 30 PESAWAT BERKUASA ELEKTRIK SEPENUHNYA

Syarikat penerbangan Kanada iaitu Air Canada menruskan komitmen mereka dalam mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida dengan membuat tempahan sebanyak 30 pesawat berkuasa elektrik sepenuhnya. Tempahan ini dibuat pada pada syarikat pembuat kapal terbang elektrik Heart Aerospace ke atas model ES-30

Tempahan bakal disiapkan dan memasuki servis pada tahun 2028 dengan keupayaan membawa 30 penumpang dalam satu perjalanan. Dengan susunan kusyen 2+1, kapal terbang berkuasa elektrik ini boleh terbang sehingga 200km dalam mode elektrik sepenuhnya

Jarak penerbangan boleh ditambah menjadi 400km sekiranya bateri tadi menerima bekalan kuasa tambahan daripada generator dan menjadi 800km jika kapasiti penumpang dihadkan pada 25 orang sahaja menurut Air Canada

Dalam satu kenyataan media, Air Canada telah mengambil langkah yang perlu untuk menjadi peneraju syarikat penerbangan dengan pelepasan gas karbon dioksida yang minima. Air Canada juga bercadang untuk menjadi syarikat penerbangan bebas karbon sepenuhnya menjelang tahun 2050

Langkah ini akan mengukuhkan usaha Air Canada selain bergantung dengan bahan api yang dihasilkan secara sintetik bagi mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida. Malah Air Canada telah memulakan 4 penerabngan dari San Francisco ke Toronto, Vancouver, Calgary dan Montreal dengan bahan api sintetik

Antara syarikat lain yang turut berminat dengan kapal terbang elektrik ES 30 termasuklah Sounds Air New Zealand, Swedish Airline, Norway’s Widerøe, Air Greenland, Quebec’s Pascan, California’s Quantum Air, CityClipper dari United Kingdom, dan Scandinavian Airline melalui surat rasmi mereka

Google ads
"
"
Back to top button