
PEUGEOT 408 RASMI DILANCARKAN – HADIR DALAM 3 VARIAN, HARGA BERMULA RM146K
Peugeot Malaysia hari ini secara rasmi melancarkan PEUGEOT 408, menawarkan tiga varian pemasangan tempatan (CKD) pada harga bermula RM146,055.
Dibina berasaskan EMP2 (Efficient Modular Platform) multi-tenaga, PEUGEOT 408 serba baharu memiliki dimensi 4,687mm panjang, 1,859mm lebar dan tinggi 1,487mm, dengan jarak roda sepanjang 2,787mm dan kelegaan tanah setinggi 189mm.
Untuk penggayaan, varian Allure tampil dengan lampu utama LED, lampu tinggi automatik, rim aloi 18-inci berwarna Granite Grey, bilah pengelap cermin automatik serta lampu belakang LED.

Di dalam kabin, varian asas ini dilengkapi kluster instrumen digital 10-inci, skrin sesentuh infotainmen 10-inci, sistem audio bersama enam-pembesar suara, tempat duduk upholstery separa kulit serta tempat duduk pemandu larasan kuasa.
Bagi varian Premium, ia menerima kelengkapan seperti, tempat duduk upholstery kulit Nappa hitam, tempat duduk pemandu larasan kuasa dengan fungsi memori, rim aloi 18-inci berwarna Granite Black.
Untuk varian GT, ia disertakan bersama lampu utama matrix LED, tempat duduk upholstery kulit Nappa dalam rona Naboo Blue, kluster instrumen ‘3D Quartz Display’ 10-inci, sistem audio Focal, rim aloi 20-inci Monolithe Black.

Perincian lain termasuklah tempat duduk pemandu larasan kuasa dengan fungsi urut, kamera 360-darjah, skrin sesentuh infotaimen 10-inci dengan panel sentuh.
PEUGEOT 408 serba baharu hadir dalam empat pilihan warna menarik – hitam (Perla Nera Black), putih (Okenite White), kelabu (Artense Grey) dan biru (Obsession Blue) bersama tiga kemasan atau varian berbeza iaitu Allure, Premium dan GT.
Beralih pada kuasa, kesemua varian dikuasakan oleh enjin PureTech pengecas turbo 1.6 liter empat-silinder, berupaya menghamburkan kuasa 218hp @ 5,750rpm dan tork 300Nm @ 2,000rpm.

Nadi berkenaan dipadankan bersama transmisi automatik lapan-kelajuan dengan kuasa disalurkan ke roda hadapan.
Selain 6 beg udara, program kestabilan elektronik (ESP) dan Active Hood untuk perlindungan pejalan kaki merupakan ciri standard pada semua, varian Premium dan GT turut hadir dengan rangkaian sistem bantuan pemanduan generasi terkini, terdiri daripada:
- Kawalan Jelajah Adaptif dengan ciri Stop and Go
- Brek kecemasan automatik dengan amaran pelanggaran
- Amaran perubahan laluan aktif
- Amaran Kepekaan Pemandu
- Pemantauan buta jarak jauh
- Kamera undur 180° berdefinisi tinggi
- Bantuan parkir 360° dengan 4 kamera berdefinisi tinggi (hadapan, belakang dan sisi)
Perincian harga bagi setiap varian adalah seperti berikut:
- Allure: RM146,055
- Premium: RM166,055
- GT: RM196,055
Harga dinyatakan di atas adalah termasuk jaminan selama 7 tahun atau perbatuan sejauh 200,000km, mana-mana tiba dahulu.
GALERI:




















- BACA: DULU PRAMUGARI, SEKARANG CEO JAPAN AIRLINES – CETUS PELBAGAI REAKSI
- BACA: VOLKSWAGEN ID.CODE CONCEPT – MASA DEPAN VOLKSWAGEN YANG SEMAKIN CERAH UNTUK PASARAN CHINA
- BACA: BEIJING AUTOSHOW 2024: GWM PAMERKAN MODEL TANK 700 HI4-T
- BACA: MAZDA ARATA CONCEPT – BAKALAN SUV BAHARU KHUSUS UNTUK PASARAN CHINA