Buletin

ISU KIMPALAN GANDAR BELAKANG OMODA 5, CHERY MALAYSIA KELUAR KENYATAAN RASMI

Susulan isu melibatkan kimpalan gandar belakang Chery Omoda 5 yang tular baru-baru ini, Chery Malaysia mengeluarkan kenyataan bahawa sudah menghubungi dan kini sedang berkomunikasi dengan pelanggan tersebut.

“Sebagai langkah proaktif dan selaras dengan protokol keselamatan kami, Chery Auto Malaysia kini sedang menghubungi pelanggan-pelanggan yang terbabit,” katanya.

“Bagi memberi ketenangan minda, para pelanggan yang khuatir boleh menempah temu janji di pusat servis terdekat untuk pemeriksaan rapi.

“Pelanggan bagi semua kenderaan yang diperiksa akan menerima laporan penuh,” jelasnya.

Tambahnya lagi, Chery Auto Malaysia komited dalam menyediakan penyelesaian pengangkutan yang selamat dan boleh dipercayai.

Isu berkenaan tular di media sosial sejak semalam selepas pemilik Chery Omoda 5 berkenaan memuat naik hantaran di laman Facebook.

Jelasnya, detik cemas itu berlaku semasa dia dan tiga rakannya berada di dalam kereta tersebut ketika melalui selekoh jalan.

Ceritanya lagi, mujurlah pada ketika itu dia memandu pada kelajuan rendah.

Apa yang menghairankannya, laluan tersebut ‘tiada bonggol dan jalan berlubang‘, bahkan kereta tersebut juga belum pernah mengalami kemalangan.

Google ads
Back to top button