Motosikal

QJMOTOR FORT 350 LANCAR DI MALAYSIA MEI INI – RM23K?

Umum sedia maklumat bahawa MForce Bike Holdings bakal membawa lebih 100 motosikal merangkumi model baharu dan akan datang di Malaysia Autoshow 2024. 

Terbaru, kami dimaklumkan bahawa antara model yang akan diperkenalkan untuk pasaran tempatan termasuk skuter maxi baharu, QJMotor Fort 350. 

Menariknya, terdapat pengedar yang mula mengiklankan Fort 350 ini termasuk harga jualan (tak rasmi) sekitar RM23k. 

Atas kertas, QJMotor Fort 350 dipaca enjin satu silinder 350cc 5-valve SOHC dengan sistem penyejukan ceair yang berupaya menjana 33.8hp dan 35.2Nm. 

Sebagai skuter maxi, motosikal ini hadir dengan transmisi jenis CVT dan tangki bahan api berkapasiti 14 liter. Kelengkapan lain turut ditawarkan termasuk fork teleskopik, cakera brek depan (berkembar) serta rim 15-inci depan dan 14-inci belakang. 

Selain itu turut ditawarkan penghadang angin boleh laras secara elektrik, ABS dwi-saluran, sistem keyless (menggunakan kad NFC), lampu LED penuh, panel meter TFT 7-inci dan pengecas USB. 

Skuter ini juga hadir dengan fungsi TPMS (tyre pressure monitoring system) dan kamera ‘dashcam’ di depan. 

Nantikan laporan penuh mengenai pelancaran QJMotor Fort 350 ini tidak lama lagi. 

GALERI: QJMOTOR FORT 350

Google ads
Back to top button