
POLIS TAHAN REMAJA TUNGGANG MOTOSIKAL TIADA BREK
Seorang remaja lelaki sanggup membahayakan diri sendiri menunggang di waktu malam menggunakan motosikal tiada brek di Jalan Pandan Ilmu.
Menurut laporan, remaja terbabit juga tidak mempunyai lesen dan kenderaannya tiada cukai jalan yang sah.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, suspek berusia 16 tahun itu dilihat mencurigakan sebelum ditahan pada 10.20 malam oleh anggota trafik untuk pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan badan tidak menjumpai barang salah, namun nombor pendaftaran belakang motosikal suspek tertera SCK RACING, manakala bahagian depan tiada nombor pendaftaran.
“Semakan melalui alat Mcop mendapati nombor pendaftaran dipamerkan itu adalah palsu dan motosikal jenis Yamaha LC135 itu turut diubah suai ekzos dan tiada brek belakang,” katanya.
Polis telah mengeluarkan saman ke atas remaja lelaki terbabit dan menyita motosikal berkenaan Seksyen 108 (3) (f) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu tidak mempamer nombor pendaftaran.
“Pemilik motosikal akan dikesan dan dipanggil untuk memberi keterangan.
“Orang awam terutama yang mempunyai remaja diingatkan supaya tidak membenarkan mereka menunggang motosikal tanpa memiliki lesen.
“Pastikan motosikal tidak dilakukan sebarang pengubahsuaian supaya keselamatan pengguna jalan raya yang dapat dipelihara dan ketenteraman masyarakat tidak terganggu,” katanya. – Harian Metro
- BACA: HONDA CB650R DAN CBR650R TAMPIL DENGAN PILIHAN WARNA BAHARU – JANA 93HP, HARGA BERMULA RM44K
- BACA: HONDA REBEL KINI TIBA DENGAN TIGA PILIHAN WARNA BAHARU – HARGA BERMULA RM33.8K
- BACA: 70,000 PENGUNJUNG MERIAHKAN KABOOM KARNIVAL X SUPER KCAR MEGA GATHERING 2023
- BACA: JAGUAR LAND ROVER MALAYSIA RANGKUL ANUGERAH PENGEDAR PERUNCIT TERBAIK (ASIA PASIFIK) 2022/2023



