
70,000 PENGUNJUNG MERIAHKAN KABOOM KARNIVAL X SUPER KCAR MEGA GATHERING 2023
KABOOM Karnival, acara menggabungkan elemen permotoran, peniaga kecil dan sederhana (PKS) serta aktiviti sukarelawan NGO, kembali menggamatkan acara dengan penganjuran Kaboom X Super KCar Mega Gathering 2023 yang diadakan di MAEPS, Serdang Selangor.
Acara ini dianjurkan oleh Pertubuhan Penggerak Alam (PEPA) iaitu badan bukan kerajaan (NGO) yang aktif ke arah kelestarian alam sekitar dengan menjalankan kempen pengurusan sisa elektronik (e-waste) termasuk menumpukan kepada kabel-kabel barangan elektronik dan USB.
Acara yang diadakan dari 11 hingga 12 November 2023 itu menyediakan pelbagai aktiviti seperti pameran 4,000 kereta kompak dengan aksesori Pasaran Domestik Jepun (JDM).

Ia turut dimeriahkan lagi melalui model restorasi atau modifikasi seperti Perodua Kancil, Kenari, Myvi, Alza, Axia, Ativa, Daihatsu dan Honda.
Pengerusi PEPA, Puan Lizarwarty Mohd Dalal berkata acara permotoran ini adalah kali kelima yang dianjurkan selepas Shah Alam, Pandamaran, Tanjung Harapan dan Kelana Jaya.
“Kami juga menyediakan platform untuk PKS dengan lebih 200 gerai makanan dan minuman tular serta pelbagai produk berkaitan dalam memeriahkan Kaboom X Super KCar Mega Gathering 2023.

“Kami juga berbesar hati kesudian mantan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob bagi merasmikan acara ini serta menyokong minat golongan muda dan dewasa untuk aktiviti jentera empat roda sebegini,” katanya.
Selain pameran kereta, turut diadakan ialah persembahan konsert oleh artis tempatan, sesi ramah mesra bersama pempengaruh serta pelbagai hadiah cabutan bertuah ditawarkan kepada pengunjung.
Untuk rekod, Kaboom x Super Kcar Megagath berjaya mengumpulkan seramai 70,000 pengujung dan lebih dari 3,000 buah kenderaan yang hadir ke acara ini.
- BACA: JAGUAR LAND ROVER MALAYSIA RANGKUL ANUGERAH PENGEDAR PERUNCIT TERBAIK (ASIA PASIFIK) 2022/2023
- BACA: VOLVO XC90 RECHARGE T8 AWD ULTIMATE, SUV MEWAH TERBAIK?
- BACA: POS AVIATION UJI BUKTI KONSEP KENDERAAN ELEKTRIK DI KLIA 1 DAN 2
- BACA: KEKURANGAN MOTOR ELEKTRIK, VOLKSWAGEN HENTI BEBERAPA PENGELUARAN MODEL EV