
JAGUAR LAND ROVER MALAYSIA RANGKUL ANUGERAH PENGEDAR PERUNCIT TERBAIK (ASIA PASIFIK) 2022/2023
Jaguar Land Rover Malaysia (JLRM) sekali lagi meneruskan rentak cemerlang apabila diumumkan sebagai pemenang Anugerah Pengedar Peruncit Terbaik (Asia Pasifik) di majlis Anugerah Peruncit Jaguar Land Rover 2022/2023.
Untuk rekod, ini merupakan tahun ketiga berturut-turut dan kali keempat kejayaan luar biasa ini dicapai oleh JLRM.
Dengan anugerah tersebut, ia adalah penanda aras untuk mereka mematuhi tahap piawaian tertinggi dalam usaha membawakan pengalaman pelanggan yang luar biasa.

Calon dinilai berasaskan kriteria khusus dalam tiga kategori berbeza iaitu pemasaran, jualan serta perkhidmatan pelanggan, latihan kakitangan dan peragaan peruncit.
Pengarah Urusan Jaguar Land Rover Malaysia, Syed Ahmad Muzri Syed Faiz berkata, “Selari dengan hala tuju peralihan masa depan, kami mendedikasikan anugerah ini kepada pelanggan dan di atas komitmen kami untuk mengekalkan kelebihan daya saing dalam segmen kereta mewah.
“Kami akan terus berusaha menjangkaui sempadan dan mempelopori inovasi, memastikan pelanggan kami menikmati hanya yang terbaik dalam kemewahan moden.”
- BACA: JAGUAR LAND ROVER DIJENAMAKAN SEMULA SEBAGAI JLR
- BACA: JAGUAR LAND ROVER KINI MEMPUNYAI TUNGGAKAN TEMPAHAN LEBIH 200,000
- BACA: JAGUAR LAND ROVER MALAYSIA LANCAR XF 2022. 250PS, RWD, BERMULA RM498K
- BACA: ITC AMERIKA SIASAT VW. DIDAKWA LANGGAR PATEN TEKNOLOGI TERRAIN RESPONSE MILIK JAGUAR LAND ROVER