Buletin

HONDA CB650R DAN CBR650R TAMPIL DENGAN PILIHAN WARNA BAHARU – JANA 93HP, HARGA BERMULA RM44K

Boon Siew Honda baru-baru ini memperkenalkan pilihan warna dan jalur baharu untuk CB650R dan CBR650R.

Pilihan warna bagi kedua-dua model adalah seperti berikut:

2023 Honda CB650R:

  • Mat Jeans Blue Metallic
  • Candy Chromosphere Red
  • Mat Gunpowder Black Metallic

2023 Honda CBR650R:

  • Grand Prix Red
  • Mat Gunpowder Black Metallic

Dari segi kuasa, Honda CB650R dan CBR650R dilengkapi dengan enjin 649cc, DOHC 16-injap, EURO 5 menghasilkan kuasa puncak 93hp pada 12,000rpm dan tork puncak 64Nm pada 8,500rpm.

Selain itu, ia turut menampilkan Honda Selectable Torque Control (HSTC) termasuk didatangkan dengan 41mm Showa Separate Function-Big Piston (SSF-BP) terbalik (USD) dan soket USB Type-C di bawah tempat duduk.

Untuk harga, 2023 Honda CB650R boleh dimiliki pada harga bermula RM44,499 sementara 2023 Honda CBR650R diberi tanda harga bermula RM46,499.

Untuk maklumat lanjut mengenai Honda CB650R dan CBR650R, pelanggan boleh melawat Honda BigWing atau hubungi nombor Bebas Tol Boon Siew Honda di 1-800-88-3993 atau log masuk www.hondabigbike.com.my.

GALERI:

Google ads
Back to top button