Artikel Pilihan

PORSCHE 911 BINTANGI TRANSFORMERS TERBARU – LEPAS NI MIATA PULAK KOT

Satu lagi filem Trasformers bakal ditayangkan dalam sedikit masa lagi dan kali ini ia berjudul Transformers: Rise of the Beasts. Ia bakal ditayangkan 9 Jun ini dan Paramount Pictures baharu sahaja menyiarkan trailer rasmi terbaru filem ini.

Macam biasa jalan cerita Transformers tak ada la hebat sangat tapi kesan efek visual filem ini memang antara yang terbaik. Okey la kan? Kepala serabut-serabut dengan tekanan ekonomi malas la nak layan filem berat-berat sangat.

Bintang terbaru dalam file mini semestinya sebuah Porsche 911 lama yang sentiasa muncul dalam trailer ataupun petikan filem itu. Sebuah lagi model klasik ialah Chevy Camaro generasi kedua. Alah Bumblebee la tu. Kira jadilah tengok wayang kali ini. Ada yang nak payung tiket Abang and The Boys tak?

Jalan cerita tengok tajuk pun dah boleh agak. Ia bermula jutaan tahun dahulu bila robot sama robot berperang dan manusia macam kita ni terperangkap di tengah-tengah. Logik tak? Dah namanya wayang peduli apa logik ataupun tak. Kalau nak logik sangat baik tonton telemovie sedih malam raya.

Rise of the Beast ini merupakan filem ketujuh Transformers sejak mula diperkenalkan ke layar perak pada tahun 2007. Ia mula membawa peminat siri animasi tahun 90 an mengimbau kembali pertarungan di antara Autobots dan Decepticons. Kali ini watak-watak seperti Maximals, Predacons dan Terrorcons diperkenalkan.

Walaupun Camaro kuning tu memang dah jadi macam pelakon tetap dalam setiap siri Transformers, Porsche 911 tu memang akan mencuri perhatian penonton. Peminat Porsche memang akan terjerit-jerit punya bila melihat aksi Porsche bertukar menjadi robot.

Tambah menarik bila model-model lama seperti Porsche dan Camaro ini diketengahkan kembali sewaktu filem-filem lain berlumba-lumba untuk memaparkan model-model terkini.

Tak ada ke pengarah Malaysia nak buat filem macam ni? Asyik buat filem hantu je.

Google ads
Back to top button