Buletin

PORSCHE 911 TURBO 1975 INI MASIH BERNAFAS WALAUPUN SELEPAS CATAT 1.165 JUTA KILOMETER PERBATUAN

Walaupun banyak Porsche yang menghabiskan masa di dalam garaj golongan hartawan dan jutawan nasib yang berbeza dialami oleh Porsche 911 Turbo keluaran tahun 1975 yang dimiliki oleh Bill MacEachern, seorang warga Kanada. Porsche ini mempunyai catatan perbatuan 1.165 juta kilometer!

Porsche ini telah dibeli oleh MacEachern pada bulan Mei 1975 dan selepas itu ia menjadi kereta kegemaran beliau untuk selamanya. MacEachern telah membawa kereta sport Jerman ini menyertai pelbagai perlumbaan di Florida, Georgia, New England, California dan banyak lagi setiap tahun.

Selama tiga puluh tahun selepas dibeli, MacEachern memandu  911 Turbo ini setiap hari sehinggalah ia dilanggar oleh sebuah SUV pada tahun 2009. Pada ketika itu, catatan perbatuannya ialah sekitar 850,000 kilometer. Walaupun mengalami kerosakan teruk pada bahagian gandar, sistem suspensi dan fender, peminat Porsche sejati ini memastikan ia diperbaiki sebaik mungkin serta merta dan selepas itu membuat perjalanan jarak jauh 30-kilometer ke Monterey.

Pada tahun 2012, had perbatuan 1 juta kilometer telah berjaya dicatatkan dan diraikan bersama dengan majalah terkenal 911 Magazine. Satu pertemuan dengan pihak majalah diadakan di Hershey, Pennsylvania dan satu majlis keraian diadakan sebelum MacEachern berlepas balik ke Toronto.

Kini walaupun mempunyai catatan perbatuan yang melebihi sejuta kilometer, MacEachern masih lagi teruja setiap kali memandu kereta ini.

BACA: 911 UNTUK DIPANDU, BUKAN BELI & JUAL – BOS PORSCHE

“Porsche model Turbo sememangnya telah menetapkan satu tahap baru dalam kereta sport serba boleh. Ia terbukti beraksi cemerlang sebagai jentera pelumbaan dan kereta sport biasa di jalan raya. Ia juga masih mengujakan untuk memiliki dan memandunya setiap hari,” kata MacEachern.

GALERI:

Google ads
Back to top button