
SMART #5 BRABUS LASER RED EDITION DIPERKENALKAN, TAMPIL LEBIH EKSKLUSIF
smart Malaysia memperkenalkan smart #5 BRABUS Laser Red Edition, iaitu varian edisi terhad bagi SUV elektrik berprestasi tinggi jenama itu yang tampil dengan warna luaran baharu, Laser Red.
Pengenalan warna eksklusif itu memberi pilihan kepada pelanggan mahukan penampilan lebih berani dan menyerlah yang menjadi identiti smart #5 BRABUS.
Walaupun menerima kemasan warna baharu, model itu masih mengekalkan prestasi yang sama dengan versi BRABUS sedia ada.
Ia dipadankan dengan sistem pacuan semua roda (AWD) dwi-motor elektrik yang menghasilkan kuasa maksimum 475kW bersamaan 646PS serta tork 710Nm.

Keupayaan itu membolehkan SUV berkenaan memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam hanya 3.8 saat.
Di bahagian kabin, model berkenaan terus menampilkan suasana premium menerusi penggunaan material Alcantara® dan Dinamica®, selain dilengkapi mod pemanduan eksklusif BRABUS, sistem infotainmen berasaskan cip AMD V2000 serta pelbagai teknologi bantuan pemandu dan keselamatan pintar.
Kemasan Laser Red turut menyerlahkan lagi reka bentuk lasak dan sporty smart #5 BRABUS, sekali gus memberikan penampilan yang lebih menonjol sama ada dipandu di kawasan bandar mahupun perjalanan jarak jauh.

smart Malaysia memaklumkan smart #5 BRABUS Laser Red Edition akan ditawarkan dalam kuantiti terhad di pasaran tempatan.
Bagi tahun model 2026, smart #5 Premium dijual pada harga RM209,800, manakala smart #5 BRABUS ditawarkan pada harga RM259,800.
- BACA: KARRUS AUTOMOTIVE GROUP DILANTIK PENGEDAR RASMI MEGUIAR’S DI MALAYSIA, SINGAPURA DAN BRUNEI
- BACA: GWM HAVAL H10 DIBUKA UNTUK TEMPAHAN DI CHINA, SUV PHEV 5.3 METER DENGAN MOD ‘CRAB WALK’ – HARGA MULA RM136K
- BACA: TIV INDUSTRI AUTOMOTIF MALAYSIA DIJANGKA CECAH 790,000 UNIT PADA 2026
- BACA: MAZDA FAIL PATEN PINTU RAMA-RAMA. MAU TERBANG KE?


