Buletin

VOLKSWAGEN TYPE 1 - SEJARAH PERMULAAN DI BUMI AMERIKA SYARIKAT

Kira – kira 75 tahun yang lalu, dua buah model Volkswagen Type 1 telah pun selamat tiba di Kota New York, menandakan pertama kalinya jenama dari Jerman itu cuba menembusi pasaran Amerika Syarikat. Dan model Type 1 tersebut kini lebih dikenali dengan nama Beetle.

Dan kini jenama Volkswagen terus berkembang pesat di bumi Amerika Syarikat walau pun permulaannya yang sederhana namun kini semakin diterima dengan baik di sana dan bersedia untuk fasa seterusnya dalam perubahan era yang lebih maju dan moden.

Untuk meraikan ulang tahun yang penting ini, jenama VW mengumumkan kempen secara holistik selama setahun yang akan menjadi penghubung kepada rakyat Amerika, serta jemputan untuk menjadi sebahagian daripada masa depan elektrik Volkswagen. Kempen ulang tahun ke-75 itu akan merangkumi kembalinya Volkswagen ke Super Bowl LVIII sementelah berehat daripada pengiklanan dalam siri The Big Game.

Mengikut catatan sejarah, seorang ahli perniagaan yang berasal dari tanah Belanda, Ben Pon telah pun tiba di New York pada tahun 1949 bersama dua model Volkswagen Type 1. Walau pun agak bergelut untuk memasarkannya, namun lama kelamaan, masyarakat Amerika Syarikat mula tertarik dengan si Beetle itu.

Kemudiannya pada tahun 1955, Volkswagen of America telah pun ditubuhkan untuk mengedarkan secara rasmi dan juga membekalkan alat ganti rasmi bagi model Beetle ini. Dan pada tahun 1959, Volkswagen mula menyiarkan iklan ikonik pertamanya, Think Small yang menceritakan tentang kelebihan Beetle termasuklah kelebihan penyelenggaraan yang mudah.

Daripada Beetle, Bus, Jetta dan GTI, sehinggalah kepada model moden Tiguan dan juga Atlas, Volkswagen sentiasa mengekalkan statusnya sebagai kereta rakyat; memberikan nilai yang hebat kepada pemilik serta menawarkan pemanduan yang menyeronokkan dengan gaya yang unik.

Seperti yang sedia maklum, di era 60an yang terkenal dengan budaya Woodstock dan juga Hollywood, jenama Beetle dan Bus cukup ikonik di zaman tersebut. Dan model baharu turut Dasher dan juga Squareback turut diperkenalkan sebagai tambahan kepada dua model sedia ada.

Memasuki era 70an, barisan model Volkswagen ini bertambah kepada Scirocco dan juga Rabbit atau pun lebih dikenali dengan nama globalnya, Golf.

Volkswagen telah membina kilang pemasangan pertamanya di Westmoreland, Pennsylvania pada tahun 1978, dan akhirnya memasang lebih daripada 1.1 juta model Rabbit di sana. Kilang itu juga memasang kereta sporty Amerika pertama Volkswagen, Rabbit GTI, model yang terus digilai di serata dunia hingga kini.

Kemudiannya pada tahun 2008, sebuah lagi kilang pemasangan telah dibina di Chattanooga, Tennessee. Dan semenjak itu, Volkswagen telah melabur sejumlah $4.3 billion (RM20.3 billion) dan telah mencipta lebih daripada 125,000 peluang pekerjaan kepada rakyat Amerika Syarikat. Malah, model moden seperti ID.4 yang merupakan SUV elektrik pertama dipasang di Tennessee.

BACA : KLIMS 2018 : VOLKSWAGEN TYPE 3 FASTBACK YANG SUPER RARE

BACA : VOLKSWAGEN BEETLE 1978 KALIS PELURU INGIN DIJUAL. BIDAAN SEKARANG CECAH RM12,800

Google ads

B K

Back to top button