TOYOTA GR YARIS SÉBASTIEN OGIER DAN ROVANPERÄ EDITION, 100 BUAH SETIAP SATU!
Setelah diperkenalkan pada Tokyo Auto Salon 2023, TOYOTA GAZOO RACING (TGR) melancarkan dua model istimewa sempena pelumba rali tersohor di Rallye Monte Carlo.
Toyota GR Yaris RZ High performance Sébastien Ogier Edition (Ogier Edition) dan GR Yaris RZ High performance Kalle Rovanperä Edition (Rovanperä Edition) ditawarkan 100 unit sahaja setiap satu.
Kedua-dua model dibangunkan di bawah penyeliaan pemandu Pasukan Rali Dunia TOYOTA GAZOO RACING (TGR-WRT), Sébastien Ogier dan Kalle Rovanperä.
Sébastien Ogier menang lapan kali kejuaraan pemandu WRC manakala Kalle Rovanperä sebanyak dua kali.
Model ini dibangunkan berdasarkan hasrat Pengerusi Toyota Motor Corporation, Akio Toyoda atau Morizo bagi menzahirkan penghormatan dan penghargaan buat pemandu, pasukan, penganjur dan kesemua yang terlibat termasuk peminat.
Ciri-ciri khas Ogier dan Rovanperä Edition:
- Mod kawalan 4WD baharu menggantikan mod Gravel dan Track
Ogier Edition
Mod MORIZO
- Kekangan (sambungan langsung) digunakan secara maksimum pada roda depan dan belakang semasa memecut dan diredakan sekiranya perlu semasa pembrekan
- Tetapan itu dibuat bagi mendapatkan kedua-dua cengkaman dan prestasi pembelokan tahap tinggi
- Ogier menyukai pembahagian daya pacuan ini hasil daripada latihan pemanduan oleh Morizo
Mod SEB.
- Pembahagian daya pacuan yang bias kepada roda belakang
- Dibuat untuk mendapatkan prestasi pembelokan roda depan dan membolehkan kawalan kereta dibuat menggunakan daya pacuan roda belakang
- Mewujudkan rasa kebersamaan dengan kereta dan membolehkan kereta dikawal pada kelajuan tinggi.
- Turut menyumbang kepada masa pusingan lebih cepat
Mod Normal
- Sama seperti mod Normal GR Yaris RZ High Performance
Rovanperä Edition
Mod DONUT
- Rovanperä mahir dalam drift dan pusingan donat
- Kekangan (sambungan langsung) digunakan secara maksimum pada roda depan dan belakang untuk kawalan gelongsoran semasa drift
Mod KALLE
- Dilengkapi pembeza belakang baharu
- Melalui kawalan yang memaksimumkan pembeza belakang, pemandu boleh mengemudi bahagian belakang kereta secara agresif apabila memasuki selekoh dan menarik bahagian depan kereta menggunakan pedal minyak apabila keluar dari selekoh
- Memendekkan masa pusingan perlumbaan
Mod NORMAL
- Sama seperti mod Normal GR Yaris RZ High Performance
Kelengkapan pada Ogier dan Rovanperä Edition:
Ogier Edition: | Rovanperä Edition: | |
---|---|---|
Luaran |
|
|
Dalaman |
|
|
Mod |
|
|
Selain memiliki kereta istimewa, pemilik juga berpeluang menikmati keistimewaan berikut:
- Interaksi di antara pemandu dan pasukan rali
- Lawatan pit dan melihat kereta WRC
- Tontonan Peringkat Khas (SS)
- Nama dipaparkan pada kereta WRC musim 2024 (pusingan terpilih)
- Hadiah istimewa
Toyota GR Yaris RZ Sébastien Ogier Edition:
Toyota GR Yaris RZ Kalle Rovanperä Edition: