
PEGAWAI POLIS THAILAND DITAHAN, MILIKI KERETA CURI DARI MALAYSIA
Seorang pegawai polis Thailand ditahan kerana memiliki sebuah kereta curi yang dipercayai dicuri di Malaysia.
Pihak polis unit khas negara itu menjalankan operasi susulan laporan daripada wartawan PBS Thai, The EXIT menyatakan bahawa pemilik sah, warganegara Malaysia meminta bantuan bagi mengesan kenderaannya.
Tindakan segera diambil oleh pihak polis ternyata membuahkan hasil apabila menemui sebuah trak pikap di daerah Bang Khen di Bangkok.

Menurut polis, kenderaan terbabit disewakan kepada warga Malaysia di Kuala Lumpur sebelum diseludup masuk ke Thailand pada 27 Mac lalu.
Turut ditemui termasuklah dua plat pendaftaran sementara berwarna merah, satu plat pendaftaran palsu serta alat pengganggu isyarat GPS.
Dalam serbuan itu, seorang pegawai polis di unit antirusuhan ditahan atas tuduhan mencuri, tetapi pegawai terbabit menafikan hal tersebut. – Thai PBS World
- BACA: PENCURI BERUSIA 15 TAHUN REMUKKAN CORVETTE Z06 SELEPAS DIKEJAR POLIS – HEBAT KAU NAK
- BACA: CURI NAVARA DI SHOWROOM NISSAN DI SABAH, JUAL RM10K SAHAJA. SUSPEK SUDAH DITAHAN POLIS
- BACA: BAU KEDAI MASIH BELUM HILANG, PENCURI LARIKAN MPV BAHARU MILIK DJ RADIO
- BACA: KES CURI KERETA DI PETALING JAYA NAIK 20.7 PERATUS








