Buletin

PREBIU KIA GRAND CARNIVAL – 5 PERKARA YG ANDA PATUT TAHU

Naza Kia Malaysia hari ini melakukan prebiu MPV terbaharunya, Kia Grand Carnival di acara MAI Malaysia Autoshow 2016 di Pusat Pameran & Konvensyen Antarabangsa MINES (MIECC), Seri Kembangan.

Walaupun pasaran MPV tidaklah semeriah dahulu, namun kenderaan serba guna sebegini masih ade peminatnya. Menyedari tentang itu, Naza Kia bakal melancarkan Kia Grand Carnival pada tahun hadapan.

kia-grand-carnival-preview-mekanika-5

Sebagai permulaan, ini lima perkara yang perlu anda tahu tentang Kia Grand Carnival serba baharu.

1. MPV ini bakal ditawarkan pada harga anggaran RM160,000 dan ke atas. Tempahan kini sudah dibuka bagi mereka yang berminat.

2. Kia Grand Karnival dikuasakan oleh enjin diesel Turbo R 2.2 CRDi yang mampu menghasilkan kuasa mencecah 193PS dan tork 440Nm. Ia dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan automatik.

kia-grand-carnival-preview-mekanika-7

3. Hanya satu varian dengan enjin diesel ditawarkan.

4. Dilengkapi pelbagai sistem keselamatan seperti Electronic Stability Control (ESC), Traction Control System (TCS), Brake Assist  System (BAS), Hill-start Assist (HAC), Electronic Brake Force Distribution (EBD), ABS, enam beg udara dan ISOFIX.

5. Hadir dengan jaminan selama lima tahun dengan perbatuan tanpa had.

kia-grand-carnival-preview-mekanika-1

Sempena acara Australian Open 2017, Naza Kia turut menganjurkan peraduan Kia Lucky Drive to Melbourne, Australia mulai 1 hingga 30 November 2016.

Pemenang bertuah berpeluang untuk menyaksikan perlawanan tersebut. Mereka hanya perlu memandu uji mana-mana kenderaan Kia sepanjang November ini.

Google ads
Back to top button