
PROMOSI CNY 2023 – BELI TAYAR CONTINENTAL, DAPAT BAUCAR E-DOMPET TOUCH N’ GO SEHINGGA RM100
Continental Tyre Malaysia menyambut ketibaan Tahun Baru Cina dengan menawarkan rebat ganjaran angpau e-dompet kepada mereka yang berminat memulakan tahun Arnab dengan tayar baharu daripada Continental.
Mulai hari ini hingga 15 Februari, beli minimum dua tayar jenama Continental bersaiz 14” dan ke atas di mana-mana pengedar yang mengambil bahagian di seluruh negara atau di kedai Shopee rasmi Continental dan anda layak menerima baucar e-dompet Touch ‘n Go.
Pelanggan yang membeli tayar berukuran antara 14” dan 15”, akan menerima RM20 untuk dua unit tayar yang dibeli dan RM40 untuk empat tayar. Mereka yang membeli tayar bersaiz 16” dan ke atas pula layak menerima RM50 untuk dua tayar dan RM100 untuk empat unit tayar. Promosi ini terpakai untuk tayar kereta penumpang dan 4X4 sahaja.

Untuk menebus baucar e-dompet Touch ‘n Go, pelanggan hanya perlu mengikuti tiga langkah mudah. Pertama, imbas kod QR yang disediakan di kedai pengedar yang mengambil bahagian, daftar butiran dan kemukakan resit mereka.
Pelanggan kemudian akan menerima status penebusan dan angpau e-dompet yang dikreditkan secara automatik ke dalam e-dompet Touch ‘n Go mereka.
“Dengan kempen Tahun Baru Cina Continental, kami mahu menggalakkan para pemandu agar memeriksa tayar mereka dan menukarnya supaya dapat memastikan diri sendiri, keluarga dan orang yang tersayang selamat sepanjang perjalanan,” kata Pengarah Urusan Continental Tyre Malaysia, Andrea Somorova.
Turut termasuk dalam kempen Tahun Baru Cina ialah UltraContact UC7 yang dilancarkan baru-baru ini, produk Generasi ke-7 Continental yang pertama di Malaysia. Ia merupakan tayar untuk semua keadaan yang mengutamakan jarak brek lebih pendek dan cengkaman yang cemerlang di atas jalan basah.
UC7 juga memberi penekanan terhadap keselesaan bunyi yang luar biasa dan hayat pemanduan yang panjang. Dicipta untuk pelbagai jenis kenderaan, UC7 boleh didapati dalam saiz 15” hingga 18” dan sesuai untuk kereta saiz sederhana, MPV dan sedan mewah.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen ini, sila layari www.continental-marketing.com.my atau kunjungi laman Facebook rasmi Continental di www.facebook.com/continental.malaysia









