
CONTINENTAL TYRE MALAYSIA JALIN KERJASAMA DENGAN EMPAT AKADEMI AUTOMOTIF UNTUK LATIHAN DAN PEMBANGUNAN BAKAT
Continental Tyre Malaysia mengorak langkah proaktif dalam memperkukuh tenaga kerja industri automotif dengan menjalinkan kerjasama strategik bersama empat akademi automotif utama, iaitu Leng Kee Auto Academy, Pro Skills Academy, Rimbunan Hijau Academy dan Techtra Automotive Academy.
Inisiatif ini bertujuan untuk melahirkan tenaga kerja mahir menerusi latihan industri serta memperluaskan peluang kerjaya bagi pelajar dalam sektor berkaitan.
Kerjasama ini membuka ruang kepada pelajar untuk mendapatkan pengalaman langsung dalam suasana kerja sebenar, yang bukan sahaja meningkatkan kebolehpasaran mereka tetapi juga membantu memenuhi keperluan tenaga mahir di pusat servis dan rangkaian kedai tayar Continental.

Sebagai pengeluar tayar pertama yang berkolaborasi dengan akademi automotif tempatan, Continental Tyre Malaysia berusaha untuk mengisi kekosongan tenaga mahir dalam industri, sekaligus menyokong pembangunan jangka panjang sektor ini.
Program ini turut merangkumi latihan bersama di mana pakar dari Continental akan berkongsi kepakaran berkaitan teknologi tayar dan penyelenggaraan kenderaan, termasuk kenderaan elektrik (EV).
Akademi yang terlibat pula akan menyediakan modul pembelajaran yang disesuaikan dengan keperluan semasa industri.
Dengan pendekatan latihan silang ini, pelajar akan memperoleh kemahiran teknikal yang relevan, memastikan mereka bersedia menghadapi cabaran dalam dunia pekerjaan yang semakin kompetitif.
Usaha ini bukan sahaja memberi manfaat kepada para pelajar, malah turut membantu industri dalam memastikan aliran tenaga kerja mahir yang berterusan.
Continental Tyre Malaysia kekal komited dalam membentuk ekosistem yang menyokong pertumbuhan tenaga kerja berkualiti, sekaligus menjamin kemampanan industri automotif di Malaysia.
- BACA: PROTON PERKUKUH DOMINASI PASARAN, JUALAN EV MENINGKAT PADA FEBRUARI
- BACA: STELLANTIS DAN TEACH FOR MALAYSIA BERGANDING BAHU PERKASA KUALITI PENDIDIKAN NEGARA
- BACA: BMW M3 VAN PANEL PERTAMA DI DUNIA – PENGHANTARAN PENUH GAYA
- BACA: JIMAT SEHINGGA RM19,000 DENGAN KEMPEN ISTIMEWA HARLEY-DAVIDSON MALAYSIA





