Artikel PilihanBuletin

PROTON/GEELY AKAN BERJAYA ATASI HONDA DAN TOYOTA DI ASIA TENGGARA

Sejak berada di bawah Geely dan Li Chunrong, Proton kini sudh semakin berdaya saing dan tidak lagi bergantung kepada bantuan secara langsung daripada kerajaan. Imej syarikat kereta nasional yang satu masa dulu dipandang sepi kini semakin gah dengan pelancaran pelbagai model baru dan pasaran yang semakin meningkat.

Kini Geely telah mengarahkan Li supaya mengembangkan lagi pasaran Proton ke Thailand, Indonesia, Singapura dan Brunei, jelas Li kepada Reuters. Negara-negara ini menjadi focus utama kerana sama seperti Malaysia, mereka turut menggunakan kereta yang dipandu dari sebelah kanan. Proton juga ingin memasuki pasaran Timur Tengah dan meningkatkan lagi jualan di Mesir.

Li tidak memberikan jangkamasa secara tepat tetapi Proton ingin meningkatkan lagi pasaran eksport mereka dari 1,000 unit tahun lepas kepada empat kali ganda tahun ini. Menjelang tahun 2027, Proton berharap 40 peratus hasil jualan adalah hasil daripada eksport kenderaan dengan menjadikan pasaran Thailand dan Indonesia sebagai sasaran.

Proton kini mempunyai asas yang kuat dan mereka berhasrat untuk melancarkan sekurang-kurangnya sebuah model baharu setiap tahun.

Pasaran Asia Tenggara dengan 500 juta penduduk memang cukup dan berdasarkan kajian yang dijalankan oleh HIS Markit, pasaran ini berkembang 3 peratus setiap tahun dari 2016-2020 walaupun pasaran dunia mengalami kejatuhan sebanyak 1 peratus.

Tapi berbanding syarikat-syarikat kereta dari Jepun, Proton masih merupakan watak kecil dan akan mengalami kesukaran untuk bersaing.

Pasaran Asean dikuasai oleh Toyota dengan 30 peratus penguasaan, Honda 13 peratus dan Mitsubishi 10 peratus. Proton sekadar berada di tangga ke-11 dengan 3 peratus pasaran.

Sasaran Proton memang tinggi tetapi mereka tidak mempunyai kemampuan pengeluaran yang standing dengan syarikat-syarikat ternama Jepun, kata Mayuree Chaiyuthanaporn, seorang penganalisa senior IHS.

Geely bagaimanapun menyatakan yang Proton telah mencatatkan prestasi yang cukup baik sejak 2 tahun lepas dan komited untuk menyaksikan jenama Malaysia itu berkembang di Asia Tenggara.

Proton dengan imej baharu kini telah melancarkan beberapa model baharu dengan kadar yang cukup pantas untuk pasaran tempatan. Enam model baharu dalam masa 8 bulan selepas bergabung dengan Geely termasuklah Proton X70 SUV yang diasaskan daripada Geely Boyue.

Mereka menguasai tempat kedua pasaran tempatan dengan penguasaan 16.7 peratus mengatasi Honda dan Toyota. Mereka juga mencatatkan profit pertama dalam tempoh sembilan tahun.

Li yakin Proton akan berjaya mengatasi Perodua yang disokong oleh syarikat Daihatsu menjelang tahun 2022, lima tahun lebih awal daripada sasaran asal yang ditetapkan oleh Geely.

Google ads
Back to top button