Buletin

PROTON JAWAB ISU ASEAN NCAP

Susulan isu hangat mengenai penipuan penarafan ASEAN NCAP, Proton tampil dalam satu kenyataan bagi mempertahankan jenama mereka.

proton-asean ncap-mekanika

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Proton tidak mengesahkan secara langsung model yang terlibat adalah milik mereka.

Menurut Proton, mereka telah menguji kebanyakan model Proton seluruh dunia seperti Australia dan sebelum ini di Eropah. Syarikat pengeluar kenderaan nasional itu juga turut mendapatkan perkhidmatan agensi bertaraf dunia dan ujian makmal untuk memastikan ujian dan hasil  yang tepat.

Proton-Iriz-Asean Ncap-mekanika.jpg 2

Berdasarkan pengalaman berurusan dengan agensi terkemuka dan bertaraf dunia, mengikut prosedur pihak agensi perlu memaklumkan kepada syarikat sekiranya berlaku percanggahan, kecacatan atau unsur kerosakan. Sebelum mengeluarkan kenyataan umum tentang model yang diuji.

Dalam hal ini, Proton menyatakan akan berunding dengan ASEAN  NCAP berkaitan isu tersebut. Ini kerana Proton tidak dimaklumkan  secara rasmi.

proton-suprima-mekanika

“Oleh itu, kami tidak dapat mengesahkan atau menafikan perkara itu,” kata Proton dalam satu siaran akhbar yang dikeluarkan.

Jelasnya lagi, Proton ingin memberi jaminan kepada orang ramai bahawa semua kereta Proton memenuhi piawaian keselamatan standard bagi semua pasaran operasi terutamanya di Malaysia. Pengeluar kereta itu juga memberitahu akan terus meningkatkan produk dan perkhidmatan serta  melakukan penambaikan apabila perlu.

proton-suprima-mekanika 3

Sebelum ini, ASEAN NCAP mengeluarkan kenyataan tentang sebuah kereta buatan tempatan yang didakwa melanggar peraturan dengan membuang salah satu bahagian keselamatan pada kereta ujian.

Pihak ASEAN NCAP menerima laporan bahawa bahagian atas tether fitment yang memegang kerusi kanak-kanak telah dibuang. Bahagian tersebut dipasang di kereta berkenaan ketika ujian dilakukan bagi mendapatkan penarafan.

Berikut teks penuh siaran akhbar Proton:-

“Proton has been testing many of its cars worldwide such as Australia and previously in Europe. The company has also sought the service of world-class agencies and test labs to ensure stringent tests and outcome. 

From the experience of dealing with leading and world-class agencies, the normal procedures of these agencies would be to thoroughly inform and notify the company in the event of discrepancy, defects or faulty elements, before any public statements are issued regarding the tested cars. 

In this instance, we will consult ASEAN NCAP on the matter as we have not been notified officially. Hence, we are unable to confirm or deny the matter. 

We wish to assure the public that all Proton cars meet the regulatory safety standards in all markets that we are operating in, especially in Malaysia. We will continuously pursue to enhance our products and services as well as make improvements where necessary.”

 

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
"
"
Back to top button