
PROTON LANCAR GALERI INSPIRASI DI CENTRE OF EXCELLENCE
PROTON baru-baru ini melancarkan galeri jenama baharunya yang dikenali sabagai Gallery of Inspiration (Galeri Inspirasi). Terletak di kompleks Centre of Excellence, ia merupakan langkah ke arah penjenamaan semula syarikat yang bermula pada tahun 2019.
Galeri itu akan dibuka kepada orang awam pada setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 8.30am – 5.30pm.
Terbahagi kepada beberapa zon, Galeri Inspirasi mempamerkan sejarah PROTON, serta keterlibatan mereka yang berkait secara langsung dengan industri automotif Malaysia.
Di samping rangkaian domestik dan antarabangsa, serta teknologi terkini dan masa hadapan yang dipersembahkan secara tersusun dengan mengguna pakai teknologi seperti virtual reality (VR) dan Augmented Reality (AR) untuk memberikan pengalaman yang menakjubkan.

Ia turut menampilkan outlet Proton Café yang pertama dan koleksi model kereta bersejarah Proton untuk tatapan peminat dan pelawat.
“Sebagai pembuat kereta pertama di negara ini, sejarah PROTON dan automotif di Malaysia saling berkait rapat. Kami telah banyak mencapai kejayaan serta memperkenalkan pelbagai inovasi saban tahun.
“Pada masa yang sama, produk PROTON telah berkembang dengan pantas beberapa tahun kebelakangan ini. Jadi kami ingin berkongsi kepada pembeli apa yang akan ditawarkan pada masa hadapan dan apa yang boleh mereka jangkakan daripada PROTON,” kata Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar, Roslan Abdullah.

Pemilihan lokasi di Centre of Excellence membolehkan pelawat untuk merasai pengalaman sepenuhnya. Ini kerana ia turut melibatkan pusat Pameran Kristal yang membolehkan mereka melihat, memandu uji, membuat tempahan produk terkini serta menyelenggara semua model Proton.
“Penambahan informasi akan dibuat seiring dengan perjalanan PROTON dan pengenalan model baharu,” tambah Roslan.
GALERI