Artikel Pilihan

“OBJEK DALAM CERMIN BERADA LEBIH DEKAT DARIPADA IMEJ”. INI SEBABNYA.

Sesetengah kereta jenama mahal pasti akan meletakkan ayat amaran seperti di atas pada cermin sisi kereta mereka. Tapi adakah anda sedar yang amaran ini hanya untuk cermin sisi kiri (atau belah penumpang) sahaja. Cermin kanan atau belah pemandu tidak diletakkan amaran ini.

Cermin sisi sebenarnya dicipta dan dipatenkan oleh Elmer Berger dan ketika ini ia dipanggil sebagai “cop spotter” pada tahun 1921. Mungkin beliau ada alasan sendiri kenapa ia dipanggil sebagai cop spotter, tapi ciri ini hanya dipasang pada kereta mewah sahaja

Cermin sisi ini membantu pemandu melihat objek yang berada di bahagian belakang dan sisi kereta dengan menghasilkan imej pada permukaan cermin. Dengan ini kita dapat mengenalpasti warna, bentuk dan juga jenis kenderaan yang berada di bahagian belakang kereta.

Cermin sisi di sebeklah kiri atau di sebelah penumpang adalah dari jenis convex iaitu melengkung sedikit ke arah luar. bagi cermin yang dipasang di sebelah kanan atauy sebelah pemandu, cermin yang digunakan adalah dari jenis rata sepenuhnya

Cermin convex yang dipasang pada bahagian penumpang ini akan memberikan imej pantulan dari belakang pada sudut yang lebih luas dan lebih baik. Ia direka bagi meminimakan masalah titik buta kepada pemandu. Pendek kata ia direka atas tujuan keselamatan tapi kelemahannya ialah ia menyebabkan imej yang terhasil berada jauh dari kereta

Padahal objek atau kereta sebenar berada lebih dekat dengan kereta berbanding dengan imej yang dipaparkan pada permukaan cermin sisi kiri. Imej yang dihasilkan pada cermin sebelah pemandu pula menggunakan cermin yang rata dengan menghasilkan jarak yang tepat tapi sudut pandangan di sebelah kanan lebih sempit dan banyak titik buta.

Kombinasi cermin rata dan convex ini banyak digunakan tapi sesetengah negara eropah menggunakan cermin convex pada bahagian sisi kiri dan juga kanan bagi sudut pandangan yang lebih maksima dan meminimakan masalah titik buta. Tapi yang paling penting, sebelum belok ke kiri atau kanan bagi signal dulu ya

Google ads
Back to top button