
EXN JR SPEED SUCIMUCI RACING TEAM – DARIPADA TOYOTA GT86 SEHINGGALAH KE PROTON SAGA
EXN JR Speed Sucimuci Racing Team bukanlah suatu nama yang asing dalam perlumbaan sukan permotoran di tanahair Mereka adalah antara pasukan regular yang kerap beraksi dan menang di Litar Sepang. Dan selain itu juga, pasukan yang menggunakan livery warna kuning putih ini terhadap jentera mereka, turut mempunyai pasukan rali dan pernah berlumba membawa nama negara hingga ke negara Thailand jauhnya.
EXN JR Speed Sucimuci Racing Team telah ditubuhkan pada 2018 ini dimana hasil usahasama diantara JR Speed dan Sucimuci Motorsport dalam mengukuhkan lagi nama dan pencapaian dalam sukan permotoran. Untuk makluman Sucimuci Motorsport telah ditubuhkan sejak tahun 2009 dan banyak terlibat didalam aktiviti sukan permotoran tempatan meliputi perlumbaan rali, trek dan juga drag. JR Speed pula mula bertapak pada 2017. Sehingga kini, pasukan ini sangat aktif berlumba di Malaysia dan Thailand.

Dan satu perkara yang menarik tentang pasukan EXN JR Speed SuciMuci Racing Team ini, mereka mempunyai wakil kereta lumba bagi setiap kategori yang dipertandingkan di Siri Perlumbaan Malaysian Speed Festival (MSF). Sudah tentu ini merupakan diantara salah satu strategi yang menarik bagi mendapatkan pendedahan serta bagus untuk penjenamaan dalam sesuatu perlumbaan.
Dan apabila EXN JR Speed SuciMuci Racing Team ini menghantar wakil dalam setiap perlumbaan, bukanlah bermakna mereka hanya sekadar menghantar wakil bagi memeriahkan perlumbaan. Tetapi sudah tentu podium menjadi matlamat utamanya. Dan untuk mencapat matlamat itu, mereka memerlukan barisan pemandu yang handalan.

Seperti perlumbaan MSF yang berlangsung minggu lepas, bagi kategori Ultimate Touring NA, mereka mempertaruhkan pemandu handalan Muhd Khairul Nizam b Yaacob atau pun lebih mudah untuk disapa sebagai Rellik Niezarm dengan memandu Toyota GT86. Hasilnya daripada bermula di petak keenam berjaya mendapat podium kedua. Selain itu, Rellik Niezarm turut beraksi dalam perlumbaan Proton Saga bagi menggantikan pemandu asal Aliff Umar yang posifit Covid-19, masih berupaya menduduki tempat keenam walaupun bermula di petak ke 12.
Dan untuk perlumbaan MSF, pasukan ini turut mempunyai kereta lumba, Mitsubishi Evo 3, model berkembar satu lagi yang turut digunakan oleh Rellik Niezarm dalam perlumbaan rali. Untuk kategori Super Series Limited ini, kereta lumba Evo 3 ini dipandu oleh Putera Mohd Fahidz bermula dengan baik apabila berjaya menduduki tempat pertama untuk pusingan kelayakan. Walau pun dengan jarak penglihatan yang terhad serta demi memastikan ketahanan kereta lumba agar masih sempat melintasi garisan penamat, podium kedua masih mampu diraih. Handal.
Dan untuk satu lagi perlumbaan utama Ultimate Touring membabitkan kereta Honda Integra DC5 yang dipandu seorang lagi jaguhan tempatan baik di litar trek mahu pun di sukan rali, Faidzal Alang turut berjaya menaiki podium ketiga walaupun bermula di tempat keempat.

Menurut Faidzal Alang juga seorang Pelagak Ngeri ini, jarak pandangan di dalam kokpit kereta cukup terbatas setelah keadaan trek yang dibasahi hujan serta percikan air yang menyulitkan lagi pandangan. Malah, ada beberapa kereta yang terbabas dan berlanggar sesama sendiri. Mujur juga beliau berjaya menamatkan saingan dengan jayanya. Satu perkara yang menarik tentang kejayaan Faidzal Alang yang mesra di sapa Boy dikalangan rakan, beliau turut berlumba dengan abang beliau, Faidzil Alang dan kedua mereka turut menaiki podium. Syabas anak muda!
Kredit Foto : FB Sucimuci Motorsports
BACA : #IKLANPILIHAN: KERETA RALI PROTON SATRIA LAGENDA NI
BACA : JRSPEED SUCIMUCI TURUT BAKAL BERAKSI DI THAILAND RALLY CHAMPIONSHIP