Buletin

REKAAN KONSEP RETRO-MODEN PROTON SAGA KNIGHT DIDEDAHKAN. MENGIMBAU KENANGAN SUNGGUH!

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan negara yang ke-64 tahun semalam, rekaan konsep Proton Saga Knight dalam bentuk tiga dimensi (3D) dipertontonkan kepada umum. 

Kereta yang kelihatan cukup futuristik itu didedahkan oleh bekas pereka Proton Design Saharudin Busri dan pengasas Artwist.Co, Ahmad Bostami. Untuk makluman, model konsep berkenaan direka khas untuk webinar reka bentuk anjuran Persatuan Pereka Perindustrian Malaysia (PEREKA). 

Memetik laporan Funtasticko, Proton Saga Knight Concept merupakan rujukan kepada model Proton Saga Knight yang pernah dihasilkan pada tahun 1989. Sebab itulah ia masih lagi mengekalkan reka bentuk bersegi-segi. 

Banyak elemen asal Saga dikekalkan, paling menarik perhatian pastinya logo pertama Proton yang diapit oleh butiran LED sebagai lampu utama. Bahagian hadapan jentera berwarna hitam itu diserlahkan lagi dengan jalur LED yang melintang dari kiri ke kanan. 

Bahagian belakang pula mengekalkan rekaan aeroback Saga Knight. Penampilan dimodenkan dengan jalur LED berwarna merah, manakala gugusan butiran LED bertindak sebagai lampu belakang. Melihat dari arah sisi, anda pasti teringat kepada jalur stiker tiga warna pada bahagian belakang aeroback tersebut. 

Ruang kabin mengetengahkan rekaan retro-moden dengan gabungan tona merah dan hitam pada keseluruhan ruangnya. Idea futuristik diserlahkan menerusi skrin instrumen yang disambungkan bersama skrin sistem infohibur. Ia menawarkan paparan jam, navigasi dan hiburan. 

Bi bawahnya pula terletak dua corong pendingin hawa yang kecil serta tombol kawalan volume sistem audio. Konsol tengah pula dihuni oleh satu dial berbentuk bulat seperti apa yang boleh dilihat pada kebanyakan kereta moden sekarang. 

Panel pintu, papan pemuka dan tempat duduknya dibalut dengan material bersama motif kotak berwarna hitam merah. Stereng yang diinspirasikan daripada Saga asal tampil menarik dengan tema warna yang sama. 

Menarik juga kan? 

GALERI

Google ads
Back to top button