Buletin

PROTON SAGA BLACK KNIGHT JUARA HAGERTY FESTIVAL OF THE UNEXCEPTIONAL 2021

Proton Saga 1.5 GL Black Knight Edition dinobatkan sebagai juara Hagerty Festival of the Unexceptional 2021 di Lincolnshire, Britain.

Jon Coupland yang merupakan pemilik kenderaan terbabit mendakwa ia merupakan satu-satunya Black Knight Edition yang terdapat di Britain.

Anggota polis berusia 30 tahun itu memberitahu Proton mengeksport sebanyak 201 unit varian Saga itu di pasaran negara itu.  

Dia merupakan pemilik ketiga kereta itu bermula 2019 dan kerap kali membawa jentera berkenaan pada festival ataupun acara pemotoran.

Jon berkata, pemilik asal pernah memandu Proton Saga itu kira-kira 5,794km sebelum menyimpan kereta itu dalam garaj pada 1993 berikutan masalah kesihatan.

Proton itu berada di lokasi sama sehingga 2017 yang menyaksikan kereta berkenaan berpindah tangan kepada pemilik kedua yang menambah jarak pemanduan sekitar 16,093km.

Dia membawa pulang hadiah utama iaitu sebuah trofi Hagerty berbentuk cawan teh.

Naib johan ialah model Peugeot 106 XN Gradtuate 1991 milik individu bernama Danny Wilson. Kereta itu menggunakan enjin 1.1 liter dengan sistem karburator. – Hagerty

Google ads
"
"
Back to top button