
PROTON SAGA DILANCARKAN DI PAKISTAN. ADA VARIAN R3 MANUAL
Pengedar kenderaan jenama Proton di Pakistan iaitu Al-Haj Automotive telah melancarkan Proton Saga di Pakistan pada 5 April 2021. Proton Saga yang dilancarkan di sana ditawarkan dalam 5 varian dalam 2 pilihan transmisi iaitu automatik 4 kelajuan dan manual 5 kelajuan.
Al Haj Automotive juga turut menawarkan varian R3 manual dan automatik dalam kuantiti terhad bagi memenuhi permintaan bagi pasaran Pakistan. Bagi pasaran Malaysia, varian R3 hanya ditawarkan dalam versi automatik 4 kelajuan sahaja. Bagi varian R3, ia akan ditawarkan dengan enjin 1332cc dengan 100 unit sahaja.
Varian kedua iaitu Ace sama seperti dengan Saga Premium di Malaysia yang ditawarkan dengan enjin 1299cc, 4 kelajuan automatik, lampu DRL, rim aloi 15 inci, skrin untuk sistem audio sebesar 7 inci dan suis kawalan di stering, rear spoiler serta sistem kestabilan elektronik

2 varian di bawah Ace ialah Saga AT dan Saga MT menerima brek ABS, EBD dan brek assist. Namun dari segi kelengkapan ia hanya menggunakan rim besi 14 inci, tingkap kuasa, penderia undur, stering boleh diubah ketinggian serta kusyen pemandu yang boleh dilaras ketinggiannya
Dari segi harga Proton Saga R3 Automatik dijual pada harga RM 65,925, Proton Saga R3 Manual RM 59,130, Proton Saga AT Ace RM 60,490, Proton Saga AT RM 57,770 dan Proton Saga MT RM 53,690. Al Haj Proton Pakistan menawarkan jaminan selama 5 tahun dengan jarak perbatuan 150,000Km bagi Proton Saga yang dijual oleh mereka