Buletin

PROTON R3 JUARA S1K 2019. IRIZ MEMANG POWER!

Pasukan Proton R3 (R3) menamatkan musim 2019 dengan memenangi perlumbaan Sepang 1000km (S1K) untuk kali ketiga berturut-turut.

Proton Iriz yang dipandu oleh Mitchell Cheah dan Fariqe Hairuman mendominasi perlumbaan yang sukar denngan cuaca yang tak menentu.

Kemenangan ini diserikan lagi dengan kedudukan Proton Saga 2019 yang dipandu oleh Syafiq Ali dan Admi Shahrul pulang di tempat kedua.

Dengan kemenangan ketiga berturut-turut, PROTON telah mendahuui pengeluar lain dan menjadi jenama kilang paling berjaya sejarah penganjuran perlumbaan Sepang 1000 km

Kualiti pengendalian Proton, kemahiran, profesionalisme dan kerja berpasukan berterusan dari R3 merupakan pakej lengkap yang berjaya meletakkan kejayaan luar biasa ini.

“Kejayaan dalam perlumbaan motor memerlukan kombinasi faktor. Pengilang misalnya akan terlebih dahulu perlu memilih model yang betul untuk perlumbaan.

“Ia adalah kejayaan berpasukan. Untuk mencapai ke tahap ini kereta perlu dibangunkan seiring dengan kemahiran pasukan perlumbaan, termasuk kemahiran dari juruteknik dan pemandu. Ini memerlukan banyak masa dan wang dan kejayaan PROTON R3 adalah bukti pelaburan kami di bahagian perlumbaan, “kata Dr. Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON.

Terdapat tiga pasukan Proton R3 pasukan untuk S1K tahun ini dan kereta ketiga terdiri daripada pemandu wanita.

Nurul Husna dan Faye Kusairi dipilih dari MSF-R3 Lady Drivers Search yang memberi peluang kepada wanita yang bercita-cita tinggi bersaing dalam perlumbaan S1K. Pemandu utama untuk pasukan itu adalah Leona Chin.

Mazda CX30

Banyak cabaran yang ditempuhi pasukan ini. Terdapat masalah teknikal semasa pusingan kelayakan dan pasukan 2019 Proton Saga memulakan perlumbaan pada grid 26.

Walaupun bermula lewat, pasukan wanita ini menunjukkan kemahiran yang luar biasa dan semangat juang untuk memanjat kedudukan hingga ke petak ke ketujuh.

“Pemandu wanita kami mempamerkan aksi menarik dan kami bangga dengan pencapaian mereka. Dengan menamatkan ketujuh, mereka membuktikan keupayaan mereka untuk bersaing di arena sukan motor yang didominasi lelaki dan PROTON bangga dapat memberi peluang kepada wanita Malaysia untuk mempamerkan bakat mereka, “kata Dr Li Chunrong.

Google ads
Back to top button