Buletin

WAZE KINI BOLEH TUNJUK HARGA TOL

Waze, platform yang menyatukan komuniti di dalam mahupun di luar perjalanan, hari ini melancarkan ciri “Harga Tol” di Malaysia.

Salah satu daripada ciri-ciri yang kerap diminta para pengguna, harga tol membolehkan pengguna mencari dan membandingkan harga tol ketika mereka memandu di sepanjang jalan bertol.

Hanya di Waze, ciri harga tol akan membantu para pemandu membuat keputusan perancangan yang lebih baik dengan memaparkan harga sebelum tiba di tol.

Ia  membolehkan mereka membanding harga bagi pelbagai rangkaian perjalanan dan juga ETA agar mereka dapat membuat pilihan yang paling sesuai.

Ciri yang direka khas buat para pengguna jalan bertol ini berjaya dilaksanakan hasil usaha bulanan komuniti sukarelawan Waze yang terdiri dari lebih 30,000 editor peta yang aktif.

Enam sukarelawan daripada komuniti Waze Malaysia yang memainkan peranan dalam usaha ini ialah Kadyus, Kweeheng, Rickylo103, EpailXi, Izuaniz dan Lutfi_bihar.

Mereka membantu mengumpul dan memasukkan maklumat harga tol. Sekali gus membuktikan bahawa Waze sememangnya berpaksikan masyarakat dan komuniti. 

“Kami teruja untuk memperkenalkan ciri Harga Tol ke Malaysia. Atas usaha luar biasa komuniti sukarelawan, kami berjaya merealisasikan salah satu ciri yang paling kerap diminta di Waze.

“Waze sentiasaberusaha untuk mengurangkan masa perjalanan anda. Kini kami juga membantu para pengguna menjimatkan perbelanjaan sebaik mungkin dengan menyediakan pilihan rangkaian perjalanan yang paling sesuai, berdasarkan gabungan ETA dan harga tol di sepanjang perjalanan.

“Kami berharap dapat terus bekerjasama dengan komuniti bagi membolehkan ciri ini disediakan secara lebih meluas,” kata Pengurus Produk Waze, Moriah Royz.

Ciri yang boleh digunakan pada lorong HOV (kenderaan berpenumpang tinggi) itu tersedia secara automatik dan pengguna akan melihat tanda tol dalam perjalanan jika ia melibatkan jalan bertol.

Pemandu yang mempunyai pas tol juga boleh membuat pilihan ini di dalam aplikasi Waze, yang akan sedia diambil kira ketika data perjalanan sedang dijana. 

Google ads
Back to top button