Artikel PilihanBuletin

PROTON X70 TAK JADI KE INDONESIA DALAM MASA TERDEKAT

Proton Edar Indonesia (PEI) awal tahun ini memberitahu bahawa mereka akan membawa masuk X70 pada tahun ini di Pameran Motor Antarabangsa Indonesia (IIMS) yang dijadualkan pada hujung bulan ini.

Bagaimanapun seperti yang dilaporkan oleh akhbar kompas, kehadiran X70 terpaksa.

Menurut Rully Septiadi, Head of Marketing Proton Edar Indonesia (PEI) memberitahu bahawa pihaknya tidak akan menyertai IIMS 2019 kerana ada beberapa hal yang berkaitan yang perlu diselesaikan bersama prinsipal dari Proton di Malaysia.

Pihaknya mengesahkan bahawa Proton X70 tidak akan diperkenalkan dalam waktu terdekat ini untuk pasaran automotif Indonesia.

Namun, walaupun tidak akan diperkenalkan di Indonesia dalam waktu terdekat, Rully menjamin bahwa rancangan pengembangan produk Proton di Indonesia masih akan diteruskan.

Steven Xu, Director of International Sales Proton pernah memetik bahawa pihaknya telah meyakinkan seluruh pengedar tentang kesediaan alatganti dan tuntutan jaminan masih beroperasi di 23 pengedar Proton sediaada.

Steven juga menambah, sebagai pasaran yang besar ASEAN, Indonesia tetap menjadi bahagian penting untuk masa depan Proton.

Google ads
Back to top button