Buletin

PUSAT 3S FORD DI SEREMBAN

Ford Motor Company dan rakan pengedarnya,  Sime Darby Auto Connexion mengumumkan pembukaan Pusat 3S baharu di Seremban. Terletak di lokasi strategik di Jalan Rasah, kemudahan baharu ini merupakan sebahagian daripada strategi Ford untuk meningkatkan tahap perkhidmatan pelanggan berikutan jumlah pemilik kenderaan Ford yang kian bertambah di Malaysia.  

Dikendalikan oleh Trio Mantap Sdn Bhd, 3S ini merangkumi sebuah bilik pameran, pusat servis dan alat ganti. Kini, Ford memiliki 44 cawangan di seluruh negara yang menawarkan aspek jualan dan servis.

Ford Seremban 2

“Pusat 3S baharu ini akan menyediakan para pelanggan di Seremban dengan akses lebih mudah kepada kemudahan yang boleh dipercayai dan servis lengkap.” kata Pengarah Serantau, Asia Pasifik, Operasi Pertumbuhan & Eksport Ford, David Westerman.

Trio Mantap kini berada di landasan terbaik untuk mencatat satu lagi kejayaan pada tahun ini menerusi peningkatan jualan lebih 27 peratus sehingga Ogos 2013. Trio Mantap kini sudah pun memiliki empat cawangan di seluruh negara. 

viewer

Pusat 3S ini terdiri daripada bilik pameran yang boleh menempatkan sebanyak lima buah kereta, ruang lengkap dengan Wi-Fi percuma, TV serta kemudahan-kemudahan lain yang menawarkan pengalaman menyenangkan kepada para pelanggan Ford. Pusat servis ini dibuka enam hari seminggu. Ia menempatkan peralatan diagnostik tercanggih Ford dan dikendalikan oleh kakitangan terlatih. 

Pelanggan yang membeli kenderaan Ford baharu di Pusat 3S di Seremban ini boleh mendapat manfaat daripada jaminan selama lima tahun Ford dan Pelan Servis Lanjutan Ford (ESP). Kedua-dua jaminan ini menawarkan ketenangan minda, selain membantu pelanggan menjimatkan kos dan meningkatkan nilai jualan semula kenderaan mereka.

New Ford Focus

ESP Ford adalah program penyelenggaraan percuma selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 60,000km untuk kenderaan penumpang yang merangkumi alat ganti dan kos buruh secara percuma. Sebagai tambahan kepada pemeriksaan rutin dan servis penyelenggaraan, ESP Ford turut melibatkan penggantian beberapa komponen terpilih seperti palam pencucuh, penyerap hentak, tali sawat enjin, pad brek dan bilah penggilap cermin secara percuma.

Pusat servis 3S ini juga mengambil bahagian dalam kempen jualan “Magnificent 7” Ford di seluruh negara. Ia menawarkan model Ford Focus Titanium dan Sport+ pada kadar faedah serendah 1.38 peratus untuk pinjaman selama lima tahun.

Data MAA baru-baru ini meletakkan Ford sebagai salah satu daripada 10 syarikat automotif teratas di Malaysia. Jika dibandingkan dengan tahun 2012, jualan Ford dari tahun ke tahun pada 2013 telah meningkat lebih 82 peratus. Perkembangan ini didorong oleh model-model baharu yang menarik dan popular. 

Ford Fiesta is the UK best seller in August

Dalam tempoh yang singkat sejak pelancaran Fiesta pada tahun 2010, lebih 10,000 unit Ford Fiesta telah terjual di Malaysia. Ia nyata membantu dalam meletakkan Ford sebagai jenama automotif paling pantas berkembang di Malaysia.

Ford terus meningkatkan rangkaian produknya di Malaysia. Ia juga benar-benar komited untuk terus membawakan produk-produk dan perkhidmatan bertaraf dunia ke negara ini dalam jangka masa panjang.

70027for

Sebagai salah satu pelan pengembangan produk paling agresif di rantau Asia Pasifik, Ford kini berada di landasan yang tepat untuk memperkenalkan lapan produk baharu atau yang telah direka semua ke pasaran Malaysia menjelang tahun 2014, bersama lapan rangkaian kuasa baharu.

Ia dimulakan dengan pelancaran Ford Ranger, Ford Focus, Ford Focus ST, Ford Kuga dan terkini, Ford Fiesta serba baharu.  Maklumat lanjut mengenai produk-produk, servis dan promosi Ford di Malaysia, sila layari laman web: www.ford.net.my

 

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button