PUSPAKOM ANJUR PEMERIKSAAN KENDERAAN SUKARELA SECARA PERCUMA SEMPENA RAYA. 10-20 APRIL 2023 SAHAJA
Sebagai salah satu langkah memastikan keselamatan jalan raya pada hari perayaan Aidilfitri ini, PUSPAKOM telah mengambil inisiaitf menganjurkan kempen Pemeriksaan Kenderaan Sukarela Secara Percuma kepada semua pemandu dan pemilik kenderaan persendirian bermula dari 10 April hingga 20 April 2023.
Dengan tanda pagar #drivesafenoregrets, PUSPAKOM ingin mengingatkan orang ramai khususnya pemilik dan pemandu kenderaan persendirian yang ingin pulang ke kampung pada musim perayaan ini supaya memastikan kenderaan mereka berada dalam kondisi yang terbaik sebelum memulakan perjalanan.
Pemilik kenderaan yang ingin mendapatkan pemeriksaan percuma ini yang juga dikenali sebagai VVI (Voluntary Vehicle Inspection) boleh hadir secara walk-in ke mana-mana cawangan PUSPAKOM seluruh negara (kecuali cawangan Shah Alam, Taman Bukit Maluri dan Pasir Gudang) dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
Demi merancakkan lagi kempen ini, PUSPAKOM turut menganjurkan peraduan mudah kepada pelanggan, di samping mengerah Unit Pemeriksaan Bergerak untuk menawarkan pemeriksaan percuma di beberapa lokasi terpilih iaitu:
”Kempen pemeriksaan percuma sempena perayaan Aidilfitri ini bertujuan membantu pemilik kenderaan mengetahui kondisi kenderaan mereka melalui pemeriksaan yang menggunakan peralatan berkomputer PUSPAKOM. Maklumat ini mereka boleh gunakan sebagai rujukan untuk melakukan penyelenggaraan yang sewajarnya.
”Pada kempen kali ini, kami beri layanan VIP kepada pelanggan yang menjalani pemeriksaan sukarela di mana mereka boleh hadir terus ke PUSPAKOM tanpa perlu temujanji dan turut diberi keutamaan.
”PUSPAKOM menjadikan kempen pemeriksaan kenderaan percuma ini sebagai satu tanggungjawab korporat syarikat dalam meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kepentingan keselamatan kenderaan terutamanya ketika musim perayaan,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM, Mohammed Shukor Ismail.
Pemeriksaan Kenderaan secara Sukarela ini tertumpu kepada aspek keselamatan iaitu pemeriksaan brek, gelincir sisi, tayar, suspensi, asap, lampu, bahagian bawah dan atas kenderaan, cermin gelap dan banyak lagi.
Maklumat lanjut dengan Pemeriksaan Kenderaan Sukarela Secara Percuma ini dan cara memenangi hadiah, sila layari www.puspakom.com.my atau Facebook PUSPAKOM Sdn. Bhd.