NETIZEN TERKEJUT TUKANG CUCI PINGGAN PERGI KERJA NAIK BENTLEY
Seorang wanita yang bekerja sebagai pencuci pinggan meraih perhatian di media sosial China apabila dilihat datang ke tempat kerja menaiki kereta mewah.
Menerusi klip tersebut, kelihatan seorang wanita memakai apron, mengenakan kasut but getah diturunkan dari Bentley berwarna hitam milik anak perempuannya.
Setakat ini, klip tular itu mendapat lebih 10 juta tontonan.
Menurut laporan, wanita itu adalah orang berada namun keinginannya untuk meluangkan masa dengan mencuci pinggan, suatu hal sukar dihalang.
“Saya berasa sangat bosan di rumah dan badan berasa tidak selesa jika tidak membasuh pinggan selama sehari,” kata wanita berkenaan.
Beberapa netizen turut memuji wanita itu kerana kekal aktif dan menghabiskan masanya dengan penuh bermakna. – The Star