BuletinMotosikal

RASMI: JOHANN ZARCO SAH SERTAI PASUKAN LCR HONDA!

Johann Zarco telah disahkan hari ini akan menyertai pasukan LCR Honda bagi menggantikan Takaaki Nakagami bagi tiga baki pusingan MotoGP 2019 di Philip Island, Sepang dan Valencia.

Nakagami yang akan menjalani rawatan pembedahan bahu terpaksa berehat awal pada tahun ini dan dijadual kembali pada ujian pra musim di Sepang tahun depan.

Zarco, pelumba KTM yang berasal dari Perancis telah berpisah dengan KTM selepas pusingan Misano akan berpeluang untuk menunjukkan bakatnya menerusi mesin yang belum pernah beliau tunggang – Honda RC213V.

Sudah pasti, mata pasti tertumpu pada prestasi beliau dalam tiga perlumbaan ini bagi menjustifikasikan apa yang beliau kritik selama ini, motosikal KTM tidak membantunya.

Dalam keadaan semasa juga Zarco dilihat sebagai calon terbaik menggantikan Jorge Lorenzo, sekiranya pelumba tersebut mahu menamatkan kontrak awal bersama Honda-Repsol berikutan prestasi buruknya sepanjang musim ini.

“Saya gembira dengan peluang yang diberikan untuk berlumba di beberapa pusingan akhir bersama motosikal Honda Idemitsu,”ujar Zarco.

“Saya berterima kasih pada peluang ini dan saya akan lakukan yang terbaik untuk beri keputusan yang paling bagus mampu saya lakukan, kerana ini munkin satu-satunya peluang terakhir saya untuk bertarung dalam kelas premier MotoGP.

“Saya juga berterima kasih kepada KTM kerana melepaskan saya lebih awal jadi saya boleh berlumba dengan motosikal lain. Saya tak sabar nak berlumba di Philips Island, ia litar yang laju dan saya rasa, saya boleh buat berlumba dengan baik di sana.

Google ads
Back to top button