Buletin Khas

ADAKAH SAYA PERLU MENGGANTIKAN TAYAR KERETA SAYA?

Tayar mesti diservis secara berkala seperti komponen lain akibat haus (hampir botak) ataupun keadaan tertentu seperti kebocoran, kesan calar, bengkak, kekurangan tekanan angin untuk jangka masa yang lama, membawa lebih muatan dan lain-lain.

Jadi adalah sangat penting untuk anda melakukan pemeriksaan secara visual sekurang-kurangnya sebulan sekali seperti yang disyorkan oleh Continental.

Jika ada sebarang masalah pada tayar, adalah dinasihatkan agar tayar tersebut diperiksa oleh mekanik bertauliah untuk memastikan sama ada ia masih selamat digunakan atau sebaliknya.

Pemeriksaan visual ini boleh dilakukan sendiri oleh pemilik kenderaan kerana mereka perlu peka dengan keadaan semasa memandu. Misalnya kekurangan tekanan angin, gegaran ataupun bunyi bising dari permukaan tayar.

Tayar yang tersimpan di atas para ataupun tempat simpanan mempunyai jangka hayat selama 5 tahun. Namun sebaiknya ia juga diperiksa dengan teliti sebelum digunakan.

Tempat simpanan yang dimaksudkan mestilah bertutup dan terlindung daripada pancaran matahari. Kalau letak di rak belakang dapur rumah memang tak sampai 5 tahun dah rosak tayar tu kerana elemen cuaca.

MEMBELI TAYAR

Terdapat beberapa perkara yang harus dipertimbangkan sebelum membeli tayar dan antara yang paling penting ialah saiz tayar. Ia boleh diketahui dengan melihat sisi tayar asal pada susunan nombor yang kelihatan seperti ini: 205/55R16.

Langkah lain ialah menyemak dua info lain iaitu beban maksima tayar dan kelajuan tertinggi yang mampu ditanggung. Ia juga dicetak di bahagian sisi tayar dan mengikut tahap standard industri yang diperakui. Terdapat banyak lagi info lain yang terdapat pada bahagian sisi tayar dan wajar diambil tahu oleh pemandu yang bijak.

Jenis kenderaan yang dipandu juga memerlukan jenis tayar sesuai. Takkanlah sebuah kereta kompak macam Axia nak dilengkapkan dengan tayar off-road.

PILIHAN PRODUK CONTINENTAL

Continental menawarkan pelbagai jenis tayar untuk kegunaan anda. Antaranya ialah CC6 atau ComfortContact™ 6  yang memang sesuai untuk kegunaan kereta-kereta entry-level Proton dan Perodua.

Ia bukan hanya senyap, malah menjamin keselesaan selain mempunyai ketahanan yang tinggi. Ia juga mampu menjimatkan bahan api kenderaan anda.

Selain itu, mereka mempunyai tayar Continental UC6 yang boleh digunakan oleh semua orang. Malah varian untuk kegunaan SUV  juga masih mampunyai tanda harga mampu milik.

Kelebihan UC6 atau UltraContact™ 6  ialah ia memberikan kawalan penuh kepada anda di atas permukaan jalan yang basah. Ia juga memberikan jarak brek yang lebih selamat baik dalam keadaan basah ataupun kering. Ia cukup senyap dan memberikan cengkaman yang lebih baik.   

Menyedari kepentingan kawalan dalam keadaan basah, Continental membangunkan teknologi Aqua Channel yang membantu mengalirkan air dari celah bunga tayar secepat mungkin sebaik sahaja permukaan tayar menyentuh jalan raya.

Salah satu risiko memandu dalam hujan ialah aquaplaning yang akan membuatkan kenderaan hilang kawalan.

Bagi mengatasi malah tersebut, Continental menggunakan teknologi Aqua Drainage yang berfungsi menolak air keluar menerusi lubang-lubang kecil yang bersambung dengan corak bunga tayar. Bijak bukan?

Semua tayar keluaran Continental juga mempunyai indikator ataupun petunjuk jika tayar anda perlu diganti.

Jangan memperjudikan nyawa anda dan penumpang dengan menggunakan tayar yang sudah tidak sempurna ataupun sudah haus sepenuhnya.

Kalau sampai terkeluar dawai-dawai logam, memang dah melampau sangat tu.

Google ads
Back to top button