Buletin

REKAHAN TANAH DI SUSUR KELUAR BULATAN MELAWATI SHAH ALAM. PENGGUNA JALAN RAYA DIMINTA BERHATI-HATI

Pengguna jalan raya yang melalui Persiaran Tengku Ampuan, Seksyen 15 menuruni Bulatan Melawati keluar ke Lebuhraya Persekutuan arah Klang, di Shah Alam diminta supaya berhati-hati serta memperlahankan kenderaan masing-masing.

Ini berikutan terdapat pergerakan tanah di kawasan itu dipercayai berpunca daripada hujan lebat yang melanda Shah Alam pada awal pagi tadi.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memaklumkan, tindakan awal sudah diambil dengan kawasan pergerakan tanah itu sudah ditutup menggunakan kanvas bagi mengekang pergerakan tanah. Kon juga telah diletakkan di laluan itu sebagai peringatan kepada pengguna jalan raya.

“Pengguna laluan berkenaan diminta supaya memperlahankan kenderaan mereka dan berhati-hati ketika melalui jalan terbabit,” katanya.

Terdahulu, tular gambar menunjukkan tanah di susur keluar Bulatan Melawati ke Klang mengalami rekahan. – Berita Harian 

Google ads
Back to top button