Buletin

NISSAN GABUNG AUTECH DAN NISMO JADI SATU SYARIKAT!

Sekarang ini kita boleh lihat jenama Gazoo Racing (GR) dari Toyota semakin membesar dan berpengaruh. Banyak aktiviti akar umbi dan penjenamaan yang dilakukan Toyota untuk GR termasuk memperkenalkan model khusus.

Lebih menarik apabila GR disokong kuat oleh Presiden Toyota, Akio Toyoda.

Ini pula perkembangan terbaru dari tanah Jepun. Nissan Motor Co., Ltd. mengumumkan perancangan untuk menubuhkan sebuah syarikat baharu dengan menggabungkan Autech Japan Inc. (Autech) and Nissan Motorsports International Co. Ltd. (NISMO).

Syarikat baharu itu akan ditubuhkan pada 1 April 2022.

Gabungan itu membolehkan pengetahuan pembangunan dan pengeluaran kenderaan custom dimiliki Autech serta kekuatan jenama NISMO dalam sukan permotoran dimanfaatkan dengan lebih baik di peringkat global.

Syarikat baharu itu juga akan diletakkan sebagai subsidiari strategik dan dijangka akan menyumbang kepada pertumbuhan mampan Nissan.

Nissan belum mendedahkan rancangan terperinci kecuali menyatakan mahu menghasilkan pelbagai kereta menyeronokkan.

Autech sekarang ini diposisikan sebagai jenama dengan aksesori lebih mewah seperti Note Autech Crossover, LEAF Autech dan Serena Autech.

NISMO pula hadir dengan kelengkapan dan model berprestasi seperti GTR NISMO dan 370Z NISMO selain model perlumbaan khusus yang boleh dibeli pasukan lumba.

Berikut adalah perincian syarikat gabungan Autech dan NISMO:

Nama Nissan Motorsports & Customizing Co., Ltd.
Aktiviti perniagaan Pengubahsuaian, sukan permotoran, pembangunan barangan dan aksesori
Tarikh gabungan April 2022
Alamat ● Ibu pejabat: 824-2, Hagisono, Chigasaki-shi, Kanagawa-ken, Japan
● Operasi Autech: Seperti di atas
● Operasi NISMO: 6-1Daikoku-cho, Tsurumi-ku, Yokohama-shi, Kanagawa-ken, Japan
Presiden dan CEO Takao Katagiri
Modal 480 juta yen (RM18.089 juta)
Pekerja Sekitar 600 orang

BACA: NOTE DAN NOTE AURA MENANG KERETA JEPUN 2021-22, KALI KE-5 NISSAN MENANG!

BACA: NISSAN BAWA GT-R T-SPEC KE THAI, SEMUA HABIS! GT-R R35 PUN SAMA!

BACA: PADA 2005 NISSAN WINGROAD DIPERKENAL – SIRI AKHIR AD RESORT

Google ads
Back to top button