Buletin

PROGRAM BANTUAN BANJIR TOYOTA. DISKAUN 25%, PELAN PEMBAYARAN MUDAH 0%, TUNDA PERCUMA

UMW Toyota Motor kini menawarkan Program Bantuan Banjir Toyota kepada pelanggan yang terjejas akibat bencana alam tersebut. 

Pemilik kenderaan Toyota yang rosak boleh berasa sedikit lega kerana program itu menawarkan diskaun sebanyak 25 peratus ke atas keseluruhan bil yang merangkumi alat ganti dan kos buruh. Ia juga memberikan perkhidmatan menunda, penilaian dan sebut harga secara percuma. 

“Kami harap Program Bantuan Banjir Toyota dapat memberi sedikit kelegaan kepada pelanggan. Kami sangat berharap mereka akan kembali pulih dan kami di Toyota sentiasa mendoakan kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia,” kata Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran. K.

UMW Toyota Motor juga menawarkan Pelan Pembayaran Mudah 0% kepada pelanggan yang layak. Bagi memastikan pelanggan mempunyai akses terhadap bantuan dan servis, semua Pusat Servis, Badan dan Cat Toyota akan terus dibuka. 

Pelanggan boleh menghubungi talian 24SEVEN Road Assist Toyota untuk bantuan lanjut. Perkhidmatan itu terbuka kepada semua pemilik kenderaan Toyota. Mereka juga boleh menghubungi talian  1-800-8-869682

(1-800-8-TOYOTA).

Maklumat lanjut mengenai Program Bantuan Banjir Toyota, sila layari laman web: www.toyota.com.my 

Google ads
Back to top button