Buletin

REMAJA BUAT ANCAMAN BOM PALSU DALAM PESAWAT MUNGKIN DIDENDA RM267K

Sebuah pesawat komersial yang sedang dalam penerbangan dari London ke Pulau Menorca dipintas oleh jet pejuang tentera Sepanyol selepas seorang penumpang menyiarkan ancaman bom palsu di laman sosial, lapor akhbar The Telegraph kelmarin.

https://imasdk.googleapis.com/js/core/bridge3.521.0_en.html#goog_794365747 Dalam kejadian pada Ahad lalu, seorang penumpang ber­usia 18 tahun dari Britain diberkas polis Sepanyol dan terpaksa bermalam di lokap. 

Dia akan dihadapkan ke mahkamah dan berkemungkinan didakwa atas kesalahan mengganggu ketente­raman awam.

Suspek yang identitinya tidak didedahkan itu turut berkemungkinan perlu membayar £50,000 (RM267,600) untuk menampung kos tindak balas kecemasan oleh pihak berkuasa Sepanyol termasuk mengerahkan jet pejuang.

Menurut polis Sepanyol, pihaknya mengaktifkan protokol keselamatan khas sejurus selepas mengesan amaran me­ngenai ancaman bom tersebut dalam satu aplikasi media sosial.

Berdasarkan rakaman insiden, sebuah jet pejuang F-18 dilihat terbang menghampiri pesawat Airbus A-319 milik syarikat pe­nerbangan easyJet itu. Pesawat A-319 boleh membawa antara 120 hingga 150 penumpang.

Jet pejuang itu membuat isyarat meminta juruterbang pesawat penumpang easyJet supaya mengekorinya.Para penumpang pula terta­nya-tanya tentang apa sebenar­nya yang berlaku.

Penerbangn EZY8303 yang berlepas dari Lapangan Terbang Gatwick pukul 1 tengah hari (waktu tempatan) itu akhirnya mendarat dengan selamat di Menorca tetapi lewat setengah jam pada Ahad lalu.

Pesawat itu diarah berhenti di sebuah kawasan khas dan jauh dari bangunan terminal serta pesawat lain.

“Kami melaksanakan operasi khas melibatkan pakar pemusnah bom serta anjing pengesan untuk mengesan bahan letupan di dalam pesawat sebelum keada­an disahkan selamat.

“Individu yang membuat ancaman bom itu telah dikenal pasti di media sosial bersama-sama dengan lima individu lain sebagai saksi,” kata polis Sepanyol. – Agensi

Google ads
Back to top button