Artikel PilihanBuletin

REMAJA DIGANTUNG MEMANDU SELEPAS SATU JAM DAPAT LESEN

BIlangan kemalangan melibatkan pemandu remaja memang cukup menakutkan. Kerana itu, di negara-negara maju, bayaran insurans dikira berdasarkan umur pemandu atas alasan, mereka lebih berisiko.

Ini pula kisah yang berlaku di Jerman. Seorang remaja lelaki ditangkap selepas memandu secara berbahaya dan apa yang lebih menarik, beliau baru sahaja lulus ujian lesen memandu.

Remaja berusia 18 tahun itu dikatakan hanya memperolehi lesen 49 minit sebelum itu. Beliau ditahan polis tempatan selepas memandu sekaliganda daripada had kelajuan yang dibenarkan.

Beliau dikatakan baru menamatkan ujian memandu di bandar Hemer bersama empat orang rakannya. Mereka bergerak dalam sebuah kenderaan pada kelajuan 95km/j di kawasan had kelajuan 50km/j.

Pegawai polis di daerah Märkischer Kreis telah menahan dan menyenaraikan pelbagai kesalahan memandu kali pertama. Ia meliputi denda sebanyak €200 (RM952), larangan memandu selama empat minggu dan mengikut kenyataan pihak polis, remaja tersebut hanya akan mendapat semula lesen memandunya selepas “ujian semula yang mahal”.

Selain itu, dua mata akan ditambah, sebaik beliau memperolehi lesen memandunya semula. Tempoh percubaan memandunya akan dilanjutkan kepada empat tahun berbanding dua tahun bagi prosedur biasa.

Google ads
Back to top button