Buletin

RENAULT 4 SAVANE 4X4 CONCEPT TAMPIL DENGAN IMEJ YANG LEBIH RUGGED DAN GARANG

Renault yang baharu sahaja tampil memperkenalkan model Renault 4 sebelum ini tampil sekali lagi untuk memperkenalkan pula model konsep terbaharu mereka, Renault 4 Savane 4×4 dengan reka bentuk yang lebih rugged dan garang berbanding model standard siri 4 tersebut.

Renault 4 Savane 4×4 Concept ini akan mula ditayangkan secara premier bermula 19 hingga 8 Jun 2025 bersempena dengan pertandingan tennis Roland-Garros French Open dengan berilhamkan sesuai untuk penjelajah moden masa kini untuk menempuh apa jua halangan.

Malah nama Savane yang dipilih ini sendiri sebenarnya cukup sinonim dengan penjelajahan pada era 50an yang mana kini plat nama tersebut kembali digunapakai oleh Renault untuk model yang pernah menjadi lagenda mereka lama dahulu.

Bagi membezakan model Renault 4 Savane 4X4 ini dengan model standard Renault 4 E-Tech, tinggi keseluruhan model konsep ini telah ditingkatkan kepada 15 mm berbanding yang asal. Malah ianya kini menggunapakai tayar khas Goodyear 225/55 bersama roda aloi Savane khusus bersaiz 18 inci. Malah ruang gerbang roda kini mempunyai dimensi yang lebar 10 mm di bahagian hadapan dan belakang.

Paling penting model Renault 4 Savane 4×4 Concept mempunyai motor elektrik kedua pada gandar belakang untuk pemacu semua roda yang sentiasa tersedia. Ia tangkas di laluan berlumpur, bersalji dan tidak berturap, dan juga di kawasan yang memerlukan kebolehan off-road. Kereta pameran ini menunjukkan potensi platform AmpR Kecil untuk mencipta kenderaan elektrik segmen B dengan pemacu empat roda.

Di atas segalanya, Renault 4 Savane 4×4 Concept mempunyai motor elektrik kedua pada gandar belakang untuk pemacu semua roda yang sentiasa tersedia sepanjang masa. Ia tangkas di laluan berlumpur, bersalji dan tidak berturap, dan juga di kawasan yang memerlukan kebolehan off-road. Kereta konsep ini menunjukkan potensi platform AmpR Kecil untuk mencipta kenderaan elektrik segmen B dengan pemacu empat roda sepenuh masa.

Layangan warna Green Jade serba baharu ke atas model konsep ini memberikan tampilan yang lebih bergaya yang dikontrakan dengan warna hitam berkilat pada bahagian bampar serta gerbang roda.

Bumbungnya mempunyai rekaan kanvas bercetak, berdasarkan variasi piksel, untuk memberikan kesan penyembunyian. Paling penting terdapat lencana 4×4 di bahagian belakang sebagai makluman rasmi bahawa ianya mempunya empat kaki digerakkan secara serentak

Selain daripada model ini, juga terdapat model Renault 5 Turbo 3E yang akan dipamerkan untuk orang ramai buat pertama kali dan juga Renault 5 E-Tech juga akan dipamerkan bersempena pertandingan tennis ini.

BACA : RENAULT 4 E-TECH – SANG LAGENDA YANG KINI KEMBALI SEMULA DENGAN NADI ELEKTRIK SEPENUHNYA

BACA : RENAULT 5 TURBO 3E – HOT HATCH DENGAN HARGA SEBUAH SUPERCAR


Google ads

B K

Back to top button