
RENAULT CAPTUR LEBIH MURAH
TC Euro Cars mengumumkan harga baharu bagi model Renault Captur iaitu RM117,200 (di atas jalan termasuk GST, tanpa insurans untuk pendaftaran peribadi di Semenanjung Malaysia).
Sebelum ini, harga model berkenaan ialah RM123,000. Model import dari Sepanyol itu tampil dengan reka bentuk kompak. Tetapi ruang dalamannya tetap luas dan versatil. Ciri-ciri tersebut digabungkan dengan gayaan ekspresif, posisi pemanduan dan jarak kelegaan tanah yang tinggi.
Ini membuatkan Captur sememangnya sesuai untuk para pemandu urban moden pada hari ini yang mahukan kenderaan yang selamat dan efisien, selain mampu memenuhi gaya hidup aktif.
Jentera ini dikuasakan oleh enjin Turbo Control Efficiency atau TCe 120. Ia mampu menghasilkan kuasa 120hp @ 4,900rpm dan tork puncak 190Nm @ 2,000rpm,
Mulai 9 hingga 13 Mac, TCEC akan mengadakan siri jelajah di Lower Ground, Oval, pusat membeli-belah 1 Utama, Bandar Utama, Selangor untuk mempamerkan rangkaian lengkap kenderaan Renault Captur.







