Buletin

RENAULT KAPTUR 4X4 UNTUK RUSIA

Renault telah memperkenalkan model KAPTUR serba baharu yang dilengkapi sistem pacuan roda dan khs untuk pasaran Rusia.

Renault-KAPTUR-Russia-mekanika (2)

Dihasilkan di kilang Renault di Moscow, KAPTUR dijangka memainkan peranan penting dalam pertumbuhan jenama tersebut di luar Eropah.

KAPTUR merupakan salah satu daripada sepuluh model yang akan dilancarkan pada tahun ini.

Renault-KAPTUR-Russia-mekanika (3)

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Groupe Renault, Carlos Ghosn menyatakan KAPTUR akan menambah pilihan rangkaian model SUV Renault selain Sandero Stepway, Duster dan Koleos.

Jentera tersebut dibina supaya boleh mengharung apa jua bentuk muka bumi yang mencabar di Rusia. Ini termasuklah sudut mendekat dan pelepasan 20 dan 31 darjah, di sampiang jarak kelegaan tanah mencecah 204mm.

Renault-KAPTUR-Russia-mekanika (5)

Bagi meningkatkan lagi tarikannya, Renault turut membangunkan satu set kit ubah suai untuk KAPTUR.

Crossover lima tempat duduk ini mampu menyediakan ruang kargo sehingga 1,200 liter. KAPTUR dilengkapi sistem MEDIA NAV yang merangkumi paparan skrin sentuh bersaiz tujuh inci, radio dan Bluetooth.

Renault-KAPTUR-Russia-mekanika (4)

Antara ciri yang membuatkannya cukup ideal dengan kondisi cuaca sejuk di Rusia ialah sistem penghidup enjin jarak jauh, pemanas tempat duduk hadapan dan cermin utama.

KAPTUR akan mula dijual di Rusia pada musim panas depan.

Google ads
Back to top button