Motosikal

BMW C 650 Sport & BMW C 650 GT

BMW Group Malaysia semalam melancarkan motosikal terbaharunya, BMW C 650 Sport dan BMW C 650 GT.

BMW-C-650-GT-and-BMW-C-650-Sport-mekanika (2)

“Segmen motosikal premium di Malaysia mengalami pertumbuhan memberangsangkan sejak dua tahun lalu. Pengenalan BMW C 650 Sport dan BMW C 650 GT baharu pasti memberikan para peminat motosikal lebih banyak pilihan,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Han Sang Yun.

BMW C 650 Sport menyerlahkan reka bentuk yang lebih moden dan dinamik. Penampilan Skuter maxi baharu ini jelas selari dengan falsafah reka bentuk BMW Motorrad. BMW 650 GT pula menerima penambahbaikan menerusi panel kemasan sisi belakang dan unit lampu belakang yang baru.

BMW-C-650-GT-and-BMW-C-650-Sport-mekanika (1)

Konsep yang berbeza di antara kedua-dua model skuter maxi ini membolehkan BMW Motorrad Malaysia mensasarkan kelompok pengguna yang lebih luas berbanding sebelum ini.

“BMW C 650 Sport lebih terarah kepada penunggang yang gemar menunggang secara sporty. Sementara BMW C 650 GT pula disasarkan kepada mereka yang lebih mementingkan aspek keselesaan dan kemampuan bergerak dalam jarak yang jauh (touring).” Ketua BMW Motorrad, BMW Group Malaysia, Owen Riley.

BMW-C-650-GT-mekanika (2)

BMW C 650 Sport menampilkan komponen badan yang telah direka semula sepenuhnya. Ia melibatkan panel sisi atas, bawah, kemasan panel dan perumah lampu hadapan.

BMW C 650 GT pula menerima rekaan baru pada bahagian belakang dengan panel kemasan pada sebelah kini, kanan dan tengah, di samping lampu belakang baharu. Perumah cermin sisi BMW C 650 GT telah dioptimumkan bagi memastikan penunggang mempunyai pandangan belakang yang jelas dalam apa jua keadaan.

BMW-C-650-GT-mekanika (6)

Kedua-dua jentera itu didatangkan dengan dial instrumen dan rekaan kemasan bar hendal baharu.

Skuter maxi ini dijana oleh enjin dua silinder empat injap dengan sistem penyejukan cecair bersesaran 647cc dan sistem pancitan bahan api elektronik. Ia berupaya menghasilkan kuasa sehingga 60hp @ 7,750rpm dan tork maksimum 63Nm @ 6,000rpm.

BMW-C-650-Sport-mekanika (5)

Para pemilik skuter maxi ini juga akan menikmati talaan terkini transmisi CVT yang menggunakan pelapik klac baharu. Ia mengoptimumkan kemasukan klac, sekali gus memberikan maklum balas yang lebih dinamik.

BMW C 650 Sport dan BMW C 650 GT menawarkan tunggangan sporty dan selesa. Ia mengekalkan sistem suspensi dengan struktur komposit hibrid yang tegar, kerangka tiub besi dan unit aluminium tuangan terap pada bahagian galas lengan ayun.

BMW-C-650-Sport-mekanika (4)

Roda bersaiz 15 inci menjanjikan kestabilan tunggangan yang optimum dan memudahkan pengendalian.

Bukan itu sahaja, kinematik tongkat bahagian tengah telah direka semula supaya lebih mudah digunakan. Hasilnya, tenaga fizikal yang diperlukan berjaya dikurangkan sehingga 30 peratus.

BMW-C-650-Sport-mekanika (2)

Roda hadapan dan belakang menggunakan sistem brek ABS cakera berkembar berdiameter 270 milimeter yang turut merangkumi dua omboh angkup terapung. Malah,  Automatic Stability Control (ASC) hadir sebagai ciri standard.

BMW C 650 Sport dan BMW C 650 GT didatangkan dalam warna hitam dan putih.  Sementara warna  Valencia Metallic Matt dan Frozen Bronze Metallic merupakan warna eksklusif untuk BMW C 650 Sport dan BMW C 650 GT.

BMW-C-650-GT-mekanika (4)

Harga runcit (di atas jalan tidak termasuk insurans) ialah BMW C 650 Sport (RM 64,900) dan BMW C 650 GT RM68,900 seunit.

Google ads
Back to top button