Buletin

RENAULT RELAX – DISKAUN KE ATAS TAYAR & BATERI. MASA SERVIS & JAMINAN DILANJUTKAN

Para pelanggan Renault kini boleh memanfaatkan kelebihan kempen ‘Renault Relax’ serta menikmati lebih penjimatan semasa dan selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Renault Relax menawarkan penjimatan kepada para pelanggan Renault ke atas dua komponen penting iaitu tayar dan bateri.

Tawaran tayar Renault sah untuk pemilik Captur dan Fluence. Para pelanggan yang membuat yuran ‘lock-in’ RM100 bermula 15 April hingga 15 Mei 2020 akan dapat menikmati harga promosi RM345 untuk satu unit tayar dengan penjimatan sebanyak 25 peratus.

Pelanggan boleh mendapatkan tawaran tayar ini dari rumah dengan menempah dan membuat bayaran secara dalam talian menerusi Renault E-Store di www.renault.com.my. Penebusan tawaran itu boleh dibuat pada bila-bila masa dari 15 Mei hingga 31 Ogos 2020. 

Yuran tempahan itu akan dipotong daripada invois keseluruhan ketika ia ditebus. Promosi hanya tertakluk kepada tayar ContiEco Contact 5 205/55R17. Stok adalah terhad, siapa cepat dia dapat.

Bukan itu sahaja, sepanjang tempoh kempen yang bermula 15 Mei hingga 31 Ogos 2020, semua pelanggan Renault akan menerima servis imbangan untuk dua unit tayar dan ke atas secara percuma.

Sepanjang tempoh PKP, bateri mungkin boleh kekurangan kuasa kerana pelanggan tidak banyak memandu. Jadi, pelanggan Renault dinasihatkan supaya menghidupkan enjin bagi mengelakkan masalah ini berlaku. 

Bagi pelanggan yang masih perlu menukar bateri kereta mereka, TC Euro Cars (TCEC) ada menawarkan diskaun sebanyak 10 peratus. Tawaran ini hanya sah untuk bateri Atlas BX yang dibeli sehingga 30 Jun 2020.

Sepanjang tempoh PKP, pasukan Rencare juga akan terus memberi sokongan kepada pelanggan yang memerlukan bantuan kecemasan. Pasukan ini boleh dihubungi di talian 1800-88-8663 (24 jam, 7 hari seminggu).

Lanjutan berikutan PKP

Bagi memberi ketenangan minda dan kemudahan kepada semua pelanggan yang terpaksa menangguhkan servis kenderaan berikutan pelaksanaan PKP, TC Euro Cars (TCEC) telah mengumumkan beberapa langkah penting:

  • Lanjutan masa servis sehingga 28 Mei 2020 ke atas semua kenderaan Renault yang perlu diservis di antara 18 Mac hingga 28 April 2020. Semua temu janji servis akan dilanjutkan sehingga 30 hari untuk diselarikan dengan selang servis mereka.
  • Lanjutan 30 hari sehingga 28 Mei 2020 untuk semua jaminan yang tamat sepanjang tempoh PKP.
  •   Lanjutan tempoh operasi semua pusat servis Renault adalah seperti berikut:

Senarai penuh pusat servis sah Renault boleh didapati di https://www.renault.com.my/showroom-service-centres.

Perkhidmatan Rencam yang menawarkan pilihan penghantaran dari rumah ke rumah kini boleh didapati di Renault E-Store

Bagi memberi lebih kemudahan, pelanggan boleh memohon perkhidmatan dari pintu ke pintu dalam kawasan Lembah Klang sejauh 30km dari pusat servis.

Sebelum ini, perkhidmatan penghantaran tersebut hanya ditawarkan kepada pelanggan langganan dan baharu sahaja. Tetap kini, perkhidmatan hantar dan pulang kereta yang diservis ada ditawarkan sepanjang serta selepas tempoh PKP.

Pelanggan boleh menyusun temu janji servis mereka secara dalam talian dengan mendaftar satu akaun Renault E-Store di www.renault.com.my.

Pelanggan yang ingin menempah slot servis boleh berbuat demikian menerusi perkhidmatan rencam Renault E-Store atau hubungi talian 1800-18-8663 (Isnin – Ahad, 8am – 8pm).

Maklumat lanjut mengenai Renault di Malaysia, sila layari laman web www.renault.com.my.

Tags
Google ads
Back to top button