Buletin

RESTORASI JENTERA RALI PARIS-DAKAR NISSAN PATROL FANTA LIMON

Selepas 30 tahun menghilang, Nissan memperkenalkan kembali salah sebuah  jentera sukan bermotor ikoniknya kepada orang awam.

Jentera rali Nissan Patrol Fanta Limon Paris-Dakar tahun 1987 telah dibaik pulih sepenuhnya dan kembali beraksi di gurun Sahara.

30 years on: Nissan’s iconic 1987 Paris-Dakar rally car

Nissan Patrol Fanta Limon Paris-Dakar memegang status lagenda. Ia merupakan juara dalam kategori diesel dan menjadi kenderaan diesel pertama yang berjaya menamatkan perlumbaan dalam senarai 10 teratas.

BACA: MASIHKAH ANDA INGAT DENGAN CAMEL TROPHY? 

BACA: RALI DAKAR? PEUGEOT 3008 DKR 2017 SUDAH BERSEDIA!

Fanta Limon dihidupkan semula oleh sepasukan jurutera di Pusat Teknikal Nissan Eropah (NTCE) di Barcelona, Sepanyol. Mereka mengambil masa selama dua tahun untuk proses baik pulih tersebut. Seterusnya menukar jentera yang sudah berkarat di sebuah muzium di Sepanyol menjadi kenderaan berkeupayaan tinggi di laluan off-road.

Kisah kejayaan kenderaan tersebut dalam perlumbaan rali Paris-Dakar 1987 bermula setahun sebelumnya apabila divisyen Nissan Motorsport merangka pelan untuk mengambil bahagan dalam acara berprofil tinggi itu.

30 years on: Nissan’s iconic 1987 Paris-Dakar rally car rides again

Jentera itu dibina di atas model 4×4 terkenal Nissan Patrol dan diketuai oleh pasukan NTCE. Tajaan pula datang daripada Fanta Limon, hasil hubungan baik di antara Nissan Sepanyol dengan Coca-Cola yang ingin menjana publisiti daripada perlumbaan tersebut.

BACA: CARLOS GHOSN – LELAKI AJAIB DI SEBALIK PAKATAN RENAULT NISSAN

Ia berjaya meraih kemenangan dalam tiga perlumbaan sepanjang tahun 1986. Tetapi, matlamat utamanya ialah perlumbaan rali Paris-Dakar 1987. Nissan Patrol Fanta Limon terpaksa bersaing dengan 312 kenderaan lain dan perlu mengharung laluan sukar sejauh 13,000km merentasi Eropah, Algeria, Niger, Mali, Mauritania dan Senegal.

Pasukan Nissan Fanta Limon tampil menerusi dua buah jentera. Kereta 211 yang dipandu oleh Miguel Prieto dan Ramon Termens. Sementara kereta 212 pula dikendalikan oleh adik-beradik Jorge dan Hansi Babler.

30 years on: Nissan’s iconic 1987 Paris-Dakar rally car rides again

Misi mereka akhirnya berjaya dan kedua-dua jentera itu kemudian bersara daripada perlumbaan. Nasib kereta 212 tidak diketahui. Tetapi kereta 211 diberikan kepada sebuah muzium automotif di Salvador Claret, selatan Girona, Sepanyol. Ia berada di sana selama hampir tiga dekad.

Ketika diambil, enjinnya berada dalam keadaan yang sangat teruk. Memang mustahil untuk dihidupkan dan banyak alat ganti berkarat. Gandar hadapan sudah rosak. Tetapi, masalah paling sukar ialah pendawaian elektrik yang dimakan tikus.

Pasukan NTSE mencari alat ganti ke seluruh Eropah. Meminta para pengedar Nissan untuk mendapatkan alat ganti dari gudang masing-masing. Ada komponen yang terpakai dan perlu dibaiki.

30 years on: Nissan’s iconic 1987 Paris-Dakar rally car rides again

Mereka mahu kereta itu direstoradi dengan sebaik mungkin. Mujur juga mereka ada terjumpa lakaran asal dan manual servis daripada NTCE. Jadi, semua talaan adalah berdasarkan kepada set-up untuk perlumbaan rali Paris-Dakar.

Bulan lalu, Patrol Fanta Limon akhirnya siap dan kembali ‘bersia-siar’ di gurun Sahara dan menjadi momen indah buat semua ahli pasukan NTCE.

 

Kos restorasi itu ditanggung oleh Nissan sebagai sebahagian daripada dana Inovasi Prestasi. Setiap tahun, sejumlah awing akan diperuntukkan kepada projek-projek yang menghidupkan kembali janji jenama Nissan – Innovation That Excites.

Google ads
Back to top button