Motosikal

MOTOGP QATAR 2017: PAOLO CIABATTI YAKIN LORENZO BAKAL JADI JUARA

Ketua pasukan perlumbaan Ducati MotoGP, Paolo Ciabatti dalam satu temuramah bersama saluran motorsport.com memberitahu, beliau yakin kemenangan Lorenzo dalam pusingan pembukaan MotoGP 2017 pada bulan Mac nanti.

BACA – KTM RC16, REPLIKA MOTOGP UNTUK DIJUAL

BACA – 10 PELUMBA MOTOGP TERHEBAT

Litar Losail, Qatar secara tradisinya adalah litar yang memberi kelebihan kepada Ducati dalam banyak musim sebelum ini. Casey Stoner menguasai litar ini 3 tahun berturut-turut pada 2007, 2008 dan 2009.

Pada 2015, Ducati hampir menjadi juara apabila Andrea Dovizioso mendahului perlumbaan sepenuhnya. Beliau bagaimanapun terkeluar dari perlumbaan selepas terlibat dalam kemalangan.

Lorenzo sendiri merupakan pelumba pilihan bagi pusingan Qatar. Beliau yang memulakan karier bersama Ducati pada musim depan telah mencatatkan kemenangan tiga kali bersama pasukan Yamaha di litar tersebut.

“Jelas, ia adalah trek pilihan kami, tapi kami pun yakin Honda, Yamaha dan Suzuki juga komited untuk dapat kemenangan awal. Kami akan bersaing hingga ke titik terakhir”, ujar beliau.

“Bukan setakat Qatar, kami juga fokus untuk dapatkan kemenangan musim 2017, sudah tentu setelah 6 tahun tanpa kemenangan, kini kami lebih bersedia,” jelas Ciabatti lagi.

Beliau mengakui ia bukanlah satu tugas mudah kerana setiap pasukan telah menetapkan sasaran tinggi. Pun begitu, Ciabatti yakin dengan kehadiran Lorenzo, ia akan mengubah keadaan. Mereka akui telah mendapat pelumba yang betul dengan motosikal yang telah lama menanti untuk jadi juara.

Sumber

Motorsport.com

Google ads
Back to top button